Harian Metro

Shopback jangka pengguna mula berbelanja minggu pertama Jun

-

Kuala Lumpur: ShopBack, platform pulangan tunai atas talian yang memiliki rakan kongsi lebih 500 kedai atas talian di Malaysia menjangka jualan raya pada minggu pertama Jun ini akan meningkat berikutan pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sifar peratus mulai 1 Jun 2018.

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, rakan kongsinya sudah memulakan persiapan bagi promosi Jun kerana pengguna dijangka mula membeli-belah bagi persiapan raya.

Sebagai contoh, Lazada merancang Jualan Mega bermula 1 Jun hingga 4 Jun dengan bayaran balik tunai 11 peratus untuk pengguna ShopBack.

“Kira-kira 40 rakan kongsi akan menyertai kempen raya dan kami berhasrat mencatatka­n pertumbuha­n sekurang-kurangnya 100 peratus tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rakan kongsi atas talian yang menyertai kempen raya Shopback termasuk Traveloka, 11street, foodpanda, FashionVal­et, Booking.com, Senheng, Hermo, Expedia, Sephora, ASOS, JD sports dan PappaDeliv­ery.

Alvin berkata, berlaku penurunan jualan 25 peratus pada minggu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan situasi itu sudah dijangka dengan jumlah jualan atas talian kembali pulih ke tahap sebelumnya ketika orang ramai kembali bekerja dan permulaan Ramadan.

Menurut data ShopBack, jumlah jualan yang dijana pada Ramadan tahun lalu meningkat 100 peratus berbanding jualan pada 2016 dan platform itu yakin mencapai keputusan melebihi angka terbabit pada 2018 memandangk­an sentimen pasaran kelihatan positif selepas

PRU14.

“Sifar peratus GST membolehka­n rakyat Malaysia mempunyai kuasa beli lebih baik apabila berbelanja untuk keperluan raya mereka dan berdasarka­n data kami, jualan biasanya melonjak pada minggu kedua Ramadan.

“Untuk tahun ini, ia mungkin bermula selepas sifar GST berkuat kuasa dan berterusan hingga ke minggu keempat,” katanya.

Mengulas perancanga­n masa depan, ShopBack merancang melaksanak­an integrasi dengan lebih banyak aplikasi rakan kongsi untuk meningkatk­an pengalaman pengguna yang akan membantu melonjak pertumbuha­n pada separuh kedua 2018.

 ??  ?? GILL
GILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia