Harian Metro

TAK FIKIR PANJANG

- Agensi

 Lelaki Mali dianggap wira selepas panjat sisi bangunan untuk selamatkan budak tergantung di balkoni

Tindakan berani seorang pemuda Mali memanjat empat tingkat sisi sebuah bangunan untuk menyelamat­kan seorang budak kecil yang tergantung di balkoni menjadikan­nya wira sekelip mata, malah terus mendapat kerakyatan Perancis serta kerja dengan bomba negara itu.

Dalam kejadian jam 8 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu di utara Paris itu, Mamoudou Gassama tanpa berfikir panjang memanjat bahagian hadapan bangunan itu sebelum menyambar kanak-kanak berusia empat tahun berkenaan, sekali gus menyelamat­kannya daripada bahaya.

Aksinya itu dirakam saksi dan ditonton jutaan kali di media sosial.

Rakaman menunjukka­n Gassama gigih memanjat satu demi satu balkoni bangunan sebelum akhirnya tiba di tingkat empat dan cuba memegang kanak-kanak itu dengan bersandar pada balkoni dari unit lain.

Sebaik tiba di tingkat empat, Gassama meletakkan sebelah kakinya di atas balkoni itu sebelum menghulurk­an tangan kanan untuk mencapai kanak-kanak terbabit.

Ahli bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kanak-kanak itu sudah diselamatk­an.

Gassama yang berjaya dijejak pemberita 24 jam selepas kejadian berkata, dia bertindak tanpa berfikir panjang.

“Saya melihat orang ramai menjerit dan pemandu membunyika­n hon kereta. Saya cuma memanjat dan mujur berjaya menyelamat­kan kanak-kanak itu.

“Sebenarnya selepas itu saya menggigil ketakutan sehingga tidak dapat berdiri,” katanya.

Menurut Daily Mail, ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah ketika kejadian dan bapanya kini disoal siasat kerana meninggalk­an budak itu tanpa pengawasan.

Presiden Emmanuel Macron semalam mengumumka­n Gassama akan diberikan kerakyatan Perancis kerana keberanian­nya.

Manakala Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo turut menghubung­i secara peribadi untuk mengucapka­n terima kasih.

“Dia berkata, baru tiba dari Mali beberapa bulan lalu untuk membina kehidupan baru di sini. Saya memberitah­unya, keberanian­nya itu patut dicontohi semua rakyat dan bandar Paris akan menyokong usahanya untuk tinggal di Perancis,” katanya.

 ??  ?? DETIK cemas Gassama memanjat bangunan untuk menyelamat­kan kanak-kanak itu tular di media
sosial. - Daily Mail
DETIK cemas Gassama memanjat bangunan untuk menyelamat­kan kanak-kanak itu tular di media sosial. - Daily Mail
 ??  ??
 ??  ?? GASSAMA
GASSAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia