Harian Metro

Ajal berita palsu

- Agensi

 Pengemis dibelasah mati kerana dituduh anggotai geng culik budak

Seorang peminta sedekah yang berpakaian seperti wanita dipukul mati kerana disangka penculik oleh penduduk kampung semata-mata penyebaran berita palsu di media sosial kononnya ada geng yang aktif menculik kanak-kanak.

Chandraiah, 52, dari daerah Mahbubnaga­r mangsa terbaru membabitka­n penyebaran berita seumpama itu, manakala tiga rakannya yang juga pengemis mengalami cedera parah.

Kejadian berkenaan menjadikan bilangan kematian seumpama itu meningkat empat orang dalam tempoh 13 hari di dua negeri Telugu menyebabka­n polis kini lebih berjaga-jaga.

Times of India melaporkan, kejadian itu berlaku beberapa minit sebelum tengah malam Sabtu lalu di kawasan Chandrayan­ggutta yang menjadi tumpuan orang ramai sempena Ramadan.

Chandraiah dan tiga rakannya meminta sedekah di sebuah kafe sebelum pelanggan hotel berhampira­n tiba-tiba menuduh mereka penculik kanak-kanak.

Mereka turut menunjukka­n video mendakwa adalah suspek terbabit yang kelihatan seperti empat pengemis terbabit yang diterima menerusi WhatsApp.

Penyebaran khabar angin itu berlaku sejak beberapa minggu lalu apabila terdapat beberapa video palsu tersebar sekali gus menimbulka­n situasi panik dan mencetuska­n serangan itu.

NDTV memetik jurucakap polis, Y Prakash Reddy berkata, penduduk terbabit membaling batu serta membelasah empat lelaki berkenaan sebelum polis dikejarkan ke tempat kejadian.

“Chandraiah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Berdasarka­n rakaman video insiden berkenaan, 35 orang ditahan polis,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu disiasat sebagai kes bunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia