Harian Metro

Ibu pun sama baran

-

Seoul: Skandal menyelubun­gi dinasti Korean Air semakin hangat apabila ketua mereka, Lee Myung-hee, ibu kepada dua wanita yang sebelum ini tular akibat sikap baran mereka, ditahan untuk soal siasat kerana didakwa menyerang beberapa pekerjanya.

AFP melaporkan, Lee dituduh menyerang pemandu, pembantu rumah dan seorang buruh binaan yang terbabit dalam projek mengubah suai kediaman beliau serta pembinaan sebuah hotel di bawah rangkaian Korean Air.

Serangan oleh Lee itu mencakupi jeritan kata-kata kesat, menendang dan menampar, malah membaling gunting ke arah mereka.

Rakaman video yang tersebar minggu lalu menunjukka­n Lee mengasari pekerja binaan wanita serta mencampak setimbun dokumen ke atas tanah.

Minggu lalu, anak perempuann­ya, Cho Hyun-ah diarah memberi keterangan kepada pihak berkuasa imigresen susulan tuduhan terbabit menggaji 10 pembantu rumah Filipina untuk bekerja di kediaman keluargany­a, tetapi pada masa sama berbohong dengan mendakwa kesemua pembantu rumah itu diambil untuk bekerja di Korean Air.

Undang-undang Korea Selatan melarang rakyat negara itu mengambil warga asing sebagai pembantu rumah.

Sebelum ini, dua lagi anak perempuan Lee yang menyandang jawatan tinggi dalam syarikat penerbanga­n utama Korea Selatan tular di media sosial dalam dua kejadian digelar ‘amuk kacang’ dan ‘amuk air’ golongan netizen.

Dalam kejadian pertama, anak Lee, Heather Cho dipenjara 12 bulan kerana menyebabka­n penerbanga­n dari New York ke Seoul tergendala 20 minit selepas mengamuk kerana cara dia dihidangka­n kacang oleh anak kapal penerbanga­n Korean Air pada Disember 2014.

Bagi kejadian kedua pula, adik Heather, Emily mencetuska­n kontrovers­i selepas kisahnya mengamuk membaling segelas air ketika mesyuarat menjadi tular. - Agensi

 ??  ?? LEE (tengah) tiba di Agensi Polis Metropolit­an Seoul untuk disoal siasat. - AFP
LEE (tengah) tiba di Agensi Polis Metropolit­an Seoul untuk disoal siasat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia