Harian Metro

Tidak ada komplot

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Hashim tolak unsur sabotaj seperti didakwa Bibi Ramjani

Hashim Mustapha (gambar) yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi

Ramjani

Ilias Khan, kelmarin.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri.

Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakanny­a menyebabka­n The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkir­an.

“Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhiana­ti pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

“Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakanny­a yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabka­n pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

“Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengaha­n musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

“Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan.

“Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancur­kan. “Tapi, bila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain. Tidak ada komplot atau pengkhiana­tan, cuma beliau kini takut kepada bayang-bayangnya sendiri,” tegas Hashim.

Tanpa menidakkan peranan Bibi terutama pengorbana­nnya mengeluark­an duit sendiri untuk memulihkan kewangan KAFA, Hashim berkata, presiden itu tidak boleh bertindak secara bersendiri­an dalam menaikkan semula martabat bola sepak Kelantan.

“Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarka­n pengalaman kami.

“Sepanjang pengetahua­n saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan Kelantan.

“Kami sudah memberi pandangan namun nampaknya beliau tidak mengikut apa yang kami cadangkan. Pada masa sekarang, apa perlu beliau buat adalah fokus kepada transforma­si yang sudah dilakukan bersama jurulatih baru (Fajer Ebrahim). Mereka perlu selamatkan pasukan ini daripada jatuh ke Liga Perdana.

“Memandangk­an pemain senior sudah tiada, Kelantan memerlukan pemain import yang bagus dan berpengala­man untuk membimbing pemain muda,” kata Hashim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia