Harian Metro

JDT masih selesa biarpun kutip satu mata

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menikmati jurang enam mata bagi mengatasi pencabar terdekat, Perak gagal menambah kelebihan apabila sekadar mencuri satu mata ketika menentang PKNS FC, kelmarin.

Pengendali­nya, Raul Longhi (gambar) menjelaska­n perbezaan enam mata dimiliki skuad Harimau Selatan ketika ini masih meletakkan pasukan itu untuk berada dalam keadaan agak selesa, namun menegaskan mereka perlu tampil dengan lebih baik bagi memastikan tiga mata dapat dipungut pada aksi akan datang.

“Perbezaan enam mata masih memberikan kelebihan kepada kami. Kami masih mempunyai beberapa perlawanan sukar selepas ini, namun saya merasakan perbezaan enam mata ketika ini baik buat kami.

“Perlawanan seterusnya iaitu menentang Perak yang saya anggap penting. Kami akan cuba untuk menang,” katanya.

Pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Shah Alam itu, anak buah Longhi terpaksa akur diikat tanpa jaringan oleh PKNS.

Selepas sekadar tewas sekali dan seri sekali dalam dua aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebelum ini, mereka sekali lagi tersentak apabila gagal meraih mata penuh buat kali ketiga apabila diikat PKNS – satu lagi pasukan Lembah Klang.

Mengulas lanjut prestasi anak buahnya ketika bertemu skuad ‘Semut Merah’ itu, pengendali kelahiran Argentina berkenaan mengakui barisan seranganny­a mengalami masalah memecah kebuntuan dengan keadaan padang kurang baik yang menyukarka­n mereka memburu gol.

“Kami berjaya mencipta beberapa peluang dan mendominas­i perlawanan, cuma nasib tidak menyebelah­i kami untuk menghasilk­an jaringan. Saya tidak gembira kerana gagal membawa pulang mata penuh.

“Apapun, pemain sudah memberikan aksi terbaik selepas rehat dan saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukka­n pada babak kedua walaupun hakikatnya kami gagal meraih kemenangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia