Harian Metro

Nafas baru Hobin Jang Hobin

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Kemenangan ke atas Kelantan diharap memberi nafas baru kepada Negeri Sembilan (NS) untuk terus mempamerka­n rentak kemenangan pada baki saingan Liga Super musim ini.

Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak NS (N9futbol.com), Ahmad Zaini Baharun berkata, walaupun gembira dengan kemenangan itu, ia belum boleh dijadikan ukuran keupayaan sebenar pasukan terbabit berikutan Kelantan menghadapi penurunan prestasi.

“Kami percaya kemenangan ke atas Kelantan pada aksi Sabtu lalu sememangny­a amat berharga buat NS, tapi ia belum boleh dianggap prestasi pasukan itu sudah meningkat.

“Ini kerana lawan yang ditemui itu bukan pasukan yang kita kenali sebelum ini. Mereka dilihat sedang bergelut berikutan perubahan yang berlaku dalam pasukan berkenaan.

“Apa pun kita berharap kemenangan itu dapat memberi nafas baharu kepada NS dan membangkit­kan motivasi lebih tinggi kepada pemain untuk terus bekerja keras agar keputusan baik tidak terhenti setakat itu saja,” katanya.

Selepas tewas dalam lapan perlawanan terdahulu, NS kembali mencatat kemenangan apabila menewaskan Kelantan 2-0, namun kejayaan itu belum cukup untuk mengubah kedudukan mereka di tangga tercorot liga.

Ahmad Zaini berkata, penyokong menaruh harapan tinggi kepada barisan pemain skuad Hobin Jang Hobin untuk merealisas­ikan sasaran kekal dalam Liga Super musim depan.

“Cabaran itu perlu disahut pemain kerana selama empat musim Negeri Sembilan terpaksa bersaing dalam Liga Perdana dan peluang terbaik beraksi dalam Liga Super musim ini seharusnya dapat dipertahan­kan untuk musim depan.

“Namun dengan prestasi dan pencapaian NS sekarang ini, tidak mustahil apa yang berlaku sebelum ini boleh berulang jika tiada perubahan dalam perlawanan akan datang,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Negeri Sembilan, Angel Aldeguer Guirado (tengah) bersaing dengan pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.
PEMAIN Negeri Sembilan, Angel Aldeguer Guirado (tengah) bersaing dengan pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia