Harian Metro

Lawan tetap lawan?

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Annuar, Azim belum beri bayangan undur diri rebut kerusi Presiden FAM

Dua calon yang ingin mencabar Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bagi merebut kerusi presiden sehingga kini masih belum memberi bayangan untuk menarik diri.

Sebaliknya, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (gambar) bersedia untuk menerima borang pengesahan pencalonan, esok yang bakal diserahkan Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

“Saya hari ini menghubung­i Tan Sri Annuar dan juga Datuk Seri Abdul Azim untuk bertanyaka­n mengenai pengesahan pencalonan untuk bertanding pada pemilihan jawatan Presiden.

“Memandangk­an tarikh akhir membuat pengesahan ialah pada 14 Jun ini maka borang ini perlu diserahkan segera. Buat masa ini mereka nampak berminat kerana ingin bertemu untuk menerima borang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hamidin yang mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan dikejutkan dengan pencalonan saat akhir Annuar oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Azim daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mencabar kerusi Presiden FAM yang ditinggalk­an Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2 April lalu.

Berbanding Hamidin, Annuar dan Azim sebelum ini mengakui belum pasti untuk menerima pencalonan itu sebaliknya masih memerlukan masa bagi membuat keputusan.

Andai dua calon itu mahu bertanding mencabar Hamidin, ia bakal menyaksika­n pertarunga­n tiga penjuru da- lam Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai ini.

Ketika ditanya kemungkina­n akan berlakunya penarikan diri saat akhir seperti yang dilakukan oleh Annuar pada pemilihan Presiden

FAM Mac tahun lalu, Yusoff bagaimanap­un tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

“Buat masa ini tak boleh komen apa-apa lagi, mungkin ada yang akan tarik diri atau pun tidak. Tapi pertemuan saya dengan dua calon itu (Annuar dan Azim) mungkin membolehka­n saya mengetahui kedudukan sebenar,” katanya.

 ??  ?? ANNUAR
ANNUAR
 ??  ?? HAMIDIN dapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan.
HAMIDIN dapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia