Harian Metro

Apa nasib PAFA?

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Itulah yang berlaku dalam struktur kepimpinan beberapa persatuan bola sepak negeri apabila berlaku perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persoalan itu juga yang sedang bermain dalam fikiran peminat dan pemerhati bola sepak Perak sama ada ia juga mungkin melanda Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n negeri.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman sama ada daripada PAFA mahukan kerajaan baru pimpinan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengenai kemungkina­n berlaku peralihan kuasa.

Namun, peminat bola sepak di negeri ini menunggu dengan debaran apakah yang akan berlaku kerana ia juga menyentuh kedudukan sukan kegemaran utama rakyat itu.

Apakah kerajaan Perak akan terus memberi sokongan kepada PAFA pimpinan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Parit Buntar pada PRU14.

Malah, majoriti anggota jawatankua­sa PAFA juga terdiri daripada pemimpin BN seperti Timbalan Presiden, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Naib Presiden 1, Datuk Rashidi Ibrahim serta Dr Jurij Jamaluddin.

Shahrul Zaman menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, manakala Dr Jurij menang di DUN Lubok Merbau, tetapi Rashidi kurang bernasib baik apabila tewas di DUN Pasir Panjang.

Setakat ini, tiada sebarang perkhabara­n mengenai apa yang berlaku seterusnya kecuali spekulasi orang awam mengenai kemungkina­n berlaku perubahan apabila PAFA bermesyuar­at, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia