Harian Metro

Saingan membosanka­n

- Reuters

 Hamilton di tempat ketiga, Alonso gagal tamatkan perlumbaan

Grand Prix Monaco disifatkan sebagai perlumbaan Formula Satu (F1) paling membosanka­n oleh dua juara dunia - Lewis Hamilton dan Fernando Alonso.

Hamilton menamatkan saingan di tangga ketiga bersama Mercedes dengan jurang ke atas pelumba Ferrari, Sebastian Vettel berkuranga­n kepada 14 mata, manakala Alonso yang memandu McLaren berada di tangga ketujuh sebelum gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah transmisi pada pusingan ke-48.

Enam pelumba teratas kekal pada kedudukan masing-masing di mana pelumba Australia, Daniel Riccardio memenangi perlumbaan buat Red Bull dari petak pertama biarpun perlu menangani masalah unit kuasa keretanya sepanjang dua pertiga jarak perlumbaan.

(gambar)

“Ini mungkin perlumbaan paling membosanka­n,” kata Alonso kepada wartawan televisyen.

“Tanpa kereta keselamata­n, tanpa bendera kuning, saya fikir sukan ini perlu memikirkan soal perjalanan perlumbaan kerana ia amat mengecewak­an,” kata pelumba Sepanyol itu yang tidak beraksi tahun lalu untuk bertanding dalam perlumbaan Indianapol­is 500.

“Saya fikir kita

perlu memberi sesuatu kepada peminat kepada akhir perlumbaan untuk memberikan nilai kepada tiket penonton.”

Hamilton, juara dunia empat kali dan bekas rakan sepasukan Alonso berkata ia perlumbaan 78 pusingan yang paling panjang.

Tahun lalu, dia sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh apabila Mercedes bergelut di litar yang berselekoh sempit ketika Ferrari menikmati kemenangan satu-dua.

Namun pelumba Britain itu yang menggemari lokasi glamor dan persiapan sebelum perlumbaan, kecewa dengan aksi tengah hari yang tertumpu kepada mengurangk­an kelajuan untuk menyelamat­kan tayar dengan strategi satu hentian dan tiada peluang untuk memotong.

“F1 perlu menggunaka­n jadual berbeza di sini. Sebagai contoh, perlumbaan ini tidak sepatutnya menggunaka­n satu hentian,” kata Hamilton, juara Monaco dua kali yang berkata, dia mungkin tertidur di sofa jika menontonny­a di televisyen.

 ??  ?? HAMILTON bersaing pada Grand Prix Monaco, kelmarin.
HAMILTON bersaing pada Grand Prix Monaco, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia