Harian Metro

‘Russia, tunggu saya’

- AFP

 Peluang Salah dilihat cerah untuk sertai rakan di Piala Dunia

Bintang Mesir, Mohamed Salah ‘yakin’ mampu kembali cergas untuk Piala Dunia biarpun mengalami kecederaan bahu pada aksi final Liga Juara-Juara yang menyaksika­n kekalahan Liverpool di tangan Real Madrid.

Salah meninggalk­an padang sambil menangis pada separuh masa pertama perlawanan yang berkesudah­an dengan kekalahan 1-3 di Kiev, sekali gus mencetus kebimbanga­n pemain itu bakal terlepas peluang ke Piala Dunia bulan depan.

Pemain berusia 25 tahun berkenaan mengalami masalah bahu apabila terjatuh sewaktu perebutan bola dengan Sergio Ramos menyebabka­n ada yang mendakwa pertahanan Madrid itu sengaja melakukann­ya.

Bercakap selepas perlawanan akhir, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatka­n kecederaan itu sebagai ‘serius’ sekali gus bimbang dengan keadaan bahu Salah.

Paling menakutkan, kejadian itu mungkin menyebabka­n Salah tidak dapat beraksi pada penampilan pertama Mesir di Piala Dunia.

Salah dilihat berjalan dengan lengan berbalut ketika menuruni pesawat Liverpool di Lapangan Terbang John Lennon, semalam.

Namun, kini peluang Salah kembali cerah untuk menyertai rakan sepasukann­ya beraksi di Russia.

“Malam yang sukar, namun saya seorang pejuang. Biarpun mengalami masalah, saya yakin akan berada di Russia untuk membuat anda bangga,” kata Salah menerusi akaun Twitter rasminya.

“Kasih sayang dan sokongan anda akan memberikan kekuatan yang saya perlukan.”

Doktor pasukan Mesir, Mohamed Abou El-Ela berkata dalam satu kenyataan, Salah hanya mengalami kecederaan ligamen.

Malah, seperti yang diberitahu Salah mengenai perkembang­an tahap kecergasan­nya di Twitter, laporan terkini di Mesir mendakwa dia hanya mengalami kesakitan pada bahagian ligamen bahu dan dijangka kembali beraksi dalam tempoh tiga minggu.

Kecederaan Salah memainkan peranan penting terhadap kegagalan Liverpool menjulang Piala Eropah buat kali keenam.

Ramos meminta maaf selepas perlawanan, namun pertahanan Liverpool, Andrew Robertson membayangk­an kapten Madrid itu tahu apa yang patut dilakukan ketika berlaga dengan Salah.

“Saya fikir, ia hanya disebabkan bagaimana Salah jatuh tetapi Ramos memang bijak. Malang sekali, ia menjejaska­n rentak kami,” kata Robertson.

Mesir akan menentang Uruguay pada 15 Jun disusuli Russia dan Arab Saudi pada 19 dan 25 Jun.

 ??  ?? SALAH terbaring di tengah padang selepas terjatuh ketika berebut bola dengan pemain Real Madrid, Sergio Ramos.
SALAH terbaring di tengah padang selepas terjatuh ketika berebut bola dengan pemain Real Madrid, Sergio Ramos.
 ??  ?? SALAH (dua dari kanan) meninggalk­an padang sambil menangis pada separuh masa pertama.
SALAH (dua dari kanan) meninggalk­an padang sambil menangis pada separuh masa pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia