Harian Metro

RONALDO CETUS RESAH

- AFP

Madrid

Cristiano Ronaldo menjulang Liga Juara-Juara buat kali kelima semalam, namun kenyataan penyerang itu mengenai masa depannya mencipta suasana kurang menyenangk­an di Real Madrid.

Ketika rakan sepasukann­ya menjulang kejuaraan Eropah buat kali ke-13 hasil kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, Ronaldo pula memberi bayangan mengenai komitmen terhadap kelab itu.

“Seronok berada di Madrid,” kata Ronaldo yang diberitahu ia kedengaran seolah-olah ucapan selamat tinggal.

“Saya akan berikan jawapan kepada peminat beberapa hari lagi kerana mereka sentiasa bersama saya,” balasnya.

Dalam tempoh kurang dari 24 jam kemudian, Ronaldo menyampaik­an sebuah mesej yang lebih optimis ketika pemain Real diarak di depan penyokong di Plaza de Cibeles semalam.

Bercakap kepada peminat, Ronaldo berkata: “Terima kasih semua, jumpa lagi tahun depan.”

Sejak berbulan lamanya, Ronaldo dan wakilnya sering bertelagah dengan Real berhubung kontrak barunya, tatkala pemain Portugal itu dikatakan mahu mengatasi Lionel Messi di Barcelona dan Neymar di Paris Saint-Germain sebagai pemain dengan gaji termahal di dunia.

Keengganan presiden kelab, Florentino Perez untuk meminta maaf selepas menyinggun­g perasaan Ronaldo mengukuhka­n lagi khabar angin yang mendakwa hubungan mereka bermasalah.

Kenyataan terkini Perez mengenai sokongan peminat kelab pula dikatakan ditujukan sepenuhnya kepada dirinya.

Sewaktu komen awal Ronaldo diajukan kepada Perez malam kelmarin, beliau menunjukka­n rasa kurang senang dan enggan melayan

 Beri bayangan tinggalkan Santiago Bernabeu

kemungkina­n pemain itu akan meninggalk­an kelab.

“Jangan tanya saya soalan seperti ini ketika kami sedang meraikan gelaran Liga Juara-Juara,” kata Perez.

“Semua orang ada hak untuk bersuara, tetapi perkara terpenting adalah kelab, kami meraikan gelaran ini. Cristiano gembira dan akan sentiasa gembira. Kontraknya masih kekal.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia