Harian Metro

Saudi tagih magis Pizzi

-

Arab Saudi tampil di pusingan akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 2006 di mana mereka tersingkir di akhir peringkat kumpulan dalam tiga kejohanan berturut-turut.

Pencapaian terbaik Arab Saudi di kejohanan itu adalah ketika penampilan sulung mereka di Amerika Syarikat pada 1994 apabila berjaya mara ke kelompok 16 terakhir hasil kemenangan 1-0 ke atas Belgium selepas jaringan cantik Saeed Al-Owairan.

Pengendali Arab Saudi adalah bekas pemain tengah Sepanyol yang dilahirkan di Argentina, Juan Antonio Pizzi yang mengambil alih pasukan daripada Bert van Marwijk dari Belanda, November lalu.

Marwijk bertanggun­gjawab membawa Arab Saudi ke pusingan akhir di Russia, tetapi kontraknya tidak diperbahar­ui.

Pada awalnya, beliau digantikan Edgardo Bauza, tetapi dipecat hanya selepas tiga perlawanan persahabat­an dan Bauza digantikan Pizzi yang pernah membimbing Chile menjuarai Copa America Centenario pada 2016 dan ke final Piala Konfederas­i FIFA 2017.

Bagaimanap­un, keputusan perlawanan Arab Saudi selepas melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 amat mengecewak­an apabila tersingkir di peringkat kumpulan Piala Teluk, Disember lalu.

Mereka hanya memenangi satu daripada empat perlawanan pemanas badan sebelum ke Russia termasuk kekalahan 0-4 di tangan Belgium akhir Mac lalu.

Dalam laluan ke Russia, kemenangan ke atas Jepun yang sudah layak memastikan tiket ke final di Russia buat Arab Saudi, yang menamatkan saingan kelayakan di atas Australian berdasarka­n perbezaan gol.

Perubahan kejurulati­han sejak mengesahka­n kelayakan ke Piala Dunia merencat persiapan Arab Saudi dan keputusan untuk menghantar beberapa pemain utama ke kelab Sepanyol dalam usaha mengutip pengalaman tidak mendatangk­an hasil.

Perlawanan pembukaan menentang Russia penting buat Pizzi dan pasukannya untuk membuka kempen dengan positif, diikuti pertemuan dengan Uruguay dan seteru Arab, Mesir menanti selepas itu.

Dengan prestasi skuad sekarang merosot berbanding di bawah Van Marwijk, Arab Saudi dijangka tersingkir di pusingan pertama.

Pengendali galas tugas besar hadapi Russia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia