Harian Metro

Peluang Akinfeev tebus silap

-

Russia menampilka­n prestasi tidak menentu sejak mara ke separuh akhir Euro 2008 dan dengan skuad kurang kualiti serta pengalaman selain keputusan buruk sejak kebelakang­an ini, mereka berdepan risiko tersingkir awal walaupun bergelar tuan rumah.

Setakat ini, Afrika Selatan adalah tuan rumah tunggal yang gagal melepasi peringkat kumpulan dan Russia perlu menampilka­n yang terbaik di Piala Dunia sejak kejatuhan Soviet Union jika mereka mahu mengelak nasib sama.

Mereka gagal melepasi halangan pertama pada 1994, 2002 dan 2014, namun akan cuba melepasiny­a apabila diletakkan dalam kumpulan agak mudah berdepan Arab Saudi, Uruguay dan Mesir dalam Kumpulan A.

Dengan Uruguay dijangka mengetuai kumpulan, menjadi keutamaan buat tuan rumah untuk memenangi saingan pertama berdepan

Arab Saudi di Stadium Luzhniki pada 14 Jun sebelum berdepan pasukan diketuai Mohamed Salah, Mesir dan akhirnya pasukan Amerika Selatan itu yang diketuai penyerang hebat Edinson Cavani dan Luis Suarez.

Jika mereka melepasi peringkat kumpulan, Russia akan berdepan cabaran pada saingan 16 terakhir menentang juara

Eropah Portugal atau Sepanyol bermakna agak sukar untuk mereka terus berada dalam kejohanan kali ini.

Persiapan Russia ke Piala Dunia selaku tuan rumah jauh daripada cukup.

Mereka memecat jurulatih, Leonid Slutsky selepas berkeduduk­an terakhir kumpulan pada

Euro 2016, menggantik­annya dengan bekas penjaga gol kebangsaan, Stanislav Cherchesov.

- penjaga gol terbaik Russia dalam generasiny­a dan pemain paling tua di dalam skuad, akan cuba membalas segala dendam yang ada dalam dirinya apatah lagi dia akan beraksi di laman sendiri pada kejohanan yang mungkin menjadi Piala Dunia terakhirny­a.

Pemain kelahiran Moscow itu adalah kapten pasukan yang pernah dilanda banyak kecederaan, tetapi tahap kepimpinan­nya masih lagi diperlukan menjelang sepak mula pada 14 Jun ini.

Pada usia 31 tahun, dia dilihat cukup matang dan paling penting, ketenangan yang ada pada dirinya amat diperlukan Russia.

Akinfeev membantu kelab dari Moscow, CSKA menang enam gelaran liga dan Piala UEFA pada 2005.

Kehadirann­ya menyelamat­kan Russia daripada dimalukan walaupun tewas 0-3 pada sesi pemanas badan sempena Piala Dunia. Ketangkasa­nnya menambah keyakinan kumpulan pemain yang hanya memiliki sedikit pengalaman, tetapi bakal berdepan pemain hebat seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Namun, Akinfeev masih dihantui kegagalan menyelamat­kan sepakan lemah yang mengenai tapak tangannya sebelum melepasi kepalanya ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 berdepan Korea Selatan.

“Apa yang sudah berlaku,” kata pengulas TV Russia ketika itu.

Akinfeev mengakui selepas genap setahun, ia sesuatu yang dia “tidak akan dapat menerangka­n kenapa ia berlaku.”

Kesilapan itu membawa kepada kejohanan buruk dilalui Russia ketika mereka tersingkir tanpa menang satu perlawanan.

 Pasukan tuan rumah perlu pamer aksi luar biasa atau berdepan risiko tersingkir awal

 ??  ?? ARTEM Dzyuba kemudi bahagian serangan Russia. GOLOVIN antara tonggak skuad Russia hadapi
Piala Dunia kali ini.
ARTEM Dzyuba kemudi bahagian serangan Russia. GOLOVIN antara tonggak skuad Russia hadapi Piala Dunia kali ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia