Harian Metro

Kecut perut sang bedal berlegar depan rumah

-

Tuaran: Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas melihat seekor buaya berlegar-legar di halaman rumah mereka di Kampung Tajau, di sini.

Dalam kejadian kirakira jam 9 malam kelmarin, buaya dianggarka­n berukuran sepanjang tiga meter itu dilihat sedang membaham seekor ayam peliharaan mereka.

Pengadu, Junqadre Saidin, 36, berkata, kejadian berlaku ketika halaman di luar rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat.

Menurutnya, dia kemudian keluar memancing di luar rumahnya selepas hujan berhenti.

“Beberapa minit kemudian, umpan pancing saya dimakan namun saya berasa hairan kerana daya tarikannya terlalu kuat dan hanya bergerak satu arah sebelum tali pancing putus.

“Tidak lama kemudian, seekor buaya timbul tidak jauh dari lokasi rumah dan sedang membaham seekor ayam peliharaan di hadapan saya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.35 pagi semalam dan segera mengerah sepasukan anggota ke lokasi.

“Kami pernah mendengar penduduk kampung bercerita mengenai buaya namun ini kali pertama kami menerima aduan rasmi berhubung penemuan buaya di kampung berkenaan.

“Pihak APM menjalanka­n pemantauan selama sejam 15 minit di sekitar lokasi namun reptilia itu tidak ditemui,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau sekitar rumah pengadu yang melihat buaya di Kampung Tajau, Tuaran.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau sekitar rumah pengadu yang melihat buaya di Kampung Tajau, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia