Harian Metro

Sisa abu sambut raya

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

 Lapan sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah terbakar FAKTA Keluarga terbabit kebakaran kini menumpang di rumah sanak

saudara

Tiada apa yang tinggal kecuali sisa abu kebakaran rumah yang meranapkan impian lapan sekeluarga menyambut Aidilfitri.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin, rumah didiami di Kampung Penipah Pulau Bruit di sini, musnah terbakar manakala sebuah lagi rumah berhampira­n turut mengalami kerosakan.

Penghuni, Norhayati John, 40, berkata, ketika kejadian bapanya berada di masjid manakala tiga adik dan tiga anaknya berehat di rumah.

“Ketika kejadian, saya tiada di kampung kerana bertugas di Sibu.

“Bagaimanap­un saya dimaklumka­n adik, Mohd Rizal, 35, yang berehat di bilik berhampira­n dapur bahawa dia terhidu bau asap.

“Dia memeriksa keadaan rumah dan mendapati api marak membakar bahagian dapur,” katanya.

Norhayati berkata, adiknya terkejut dengan kejadian itu segera memaklumka­n penghuni lain sebelum mereka bergegas melarikan diri melalui pintu hadapan tanpa sempat menyelamat­kan harta benda. Berikutan kejadian itu, keluarga terbabit yang tinggal sehelai sepinggang kini terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga lain.

Norhayati bagaimanap­un bersyukur berikutan semua ahli keluargany­a terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol ketika dihubungi turut bersimpati dengan nasib semua mangsa.

“Tragedi ini pastinya sesuatu yang amat berat dilalui mangsa terutamany­a ketika umat Islam sedang melakukan pelbagai persiapan untuk meraikan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya yang turut melawat lokasi kejadian.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa terbabit kebakaran di Kampung Penipah, Pulau Bruit, Mukah.
KEADAAN rumah mangsa terbabit kebakaran di Kampung Penipah, Pulau Bruit, Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia