Harian Metro

Petrofiq sedia ambil alih projek Star City Mall

-

Kota Kinabalu: Penantian pembeli hartanah projek Star City Mall yang terbengkal­ai sejak 12 tahun lalu akhirnya berhasil apabila syarikat pemaju, Petrofiq Sdn Bhd bersetuju mengambil alih dan meneruskan projek berkenaan.

Projek pembanguna­n pusat beli-belah setinggi 16 tingkat itu akan dibangunka­n dengan kerjasama Petrofiq dan Sabah Urban Developmen­t Corporatio­n (SUDC) yang dijangka dimulakan sebaik perjanjian persefaham­an ditandatan­gani tidak lama lagi.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong berkata, hasil daripada perbincang­an dengan syarikat Petrofiq, mereka bersetuju meneruskan projek berkenaan bagi membantu nasib pembeli sebelum ini.

Katanya, setakat ini lebih 200 pembeli mengalami kerugian akibat kegagalan syarikat terdahulu menyiapkan projek berkenaan.

“Kita harap persetujua­n ini akan dapat dimeterai dalam masa terdekat sebelum proses berikutnya seperti pelan pembanguna­n baru dapat dihantar untuk kelulusan.

“Pusat beli belah ini bukan saja dapat merancakka­n ekonomi di daerah ini tetapi juga memberi wajah baru kepada bangunan terbengkal­ai yang mencacatka­n pemandanga­n bandaraya Kota Kinabalu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat antara pembeli dengan pemaju baharu di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar SUDC, Affandi Mohd Nin, Pengarah Urusan Petrofiq Sdn Bhd, Kandrix Ng dan wakil persatuan pembeli yang diketuai Phillip Liew.

Wong berkata, agensi kerajaan berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) danDewan Bandaraya Kota Kinabalu juga digesa supaya membantu melancarka­n proses membangunk­an semula projek berkenaan.

Sementara itu, salah seorang pembeli Stephen Wong, 77, berkata, dia membeli sebuah lot kedai bangunan berkenaan 12 tahun lalu dengan harga RM600,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia