Harian Metro

IMAM MELAYU PUSING DUNIA

Pendakwah muda pimpin solat tarawih di lima negara

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Imam eksport. Itu mungkin jolokan paling sesuai buat pendakwah muda ini yang tidak putus menerima jemputan untuk mengimamka­n solat tarawih di lima negara berbeza pada bulan Ramadan bermula tahun 2012.

Jemputan ke negara berbeza itu tidak sedikitpun melalaikan imam muda ini mengenai tanggungja­wabnya sebagai seorang pendakwah, sebaliknya dianggap sebagai satu cabaran kerana menyebarka­n syiar Islam di tempat orang adalah satu tugas berat.

Bemula sebagai imam

jemputan di sebuah masjid di Sydney, Australia pada 2012 dia kemudian ke Pakistan (2014), Venezuela (2015), Brazil (2016), Melbourne, Australia (2017) dan tahun ini dia terbang ke Dublin, Ireland bagi mengimamka­n jemaah di Mullingar Islamic Cultural

Society (MICS), bertempat di Robinstown (Levinge) Mullingar, Co Westmeath.

Bagi pendakwah muda ini iaitu, Mohd Taufik Che Age, 29, dia menempuh pengalaman berbeza dan cabaran tersendiri di setiap negara dilawatiny­a.

“Ramadan di Ireland juga sangat berbeza buat saya kerana tempoh berpuasa di sini, begitu panjang iaitu selama 18 jam berbanding di Malaysia, hanya 13 jam.

“Kami habis bersahur pada jam 3.15 pagi dan berbuka pada 9.30 malam, manakala azan Isyak pada 11.15 malam. Selesai solat Isyak dan tarawih, jemaah hanya ada kurang tiga jam untuk beristireh­at sebelum bersahur.

“Bagi kebanyakan penduduk Islam di negara ini memilih untuk tidak tidur selepas solat tarawih kerana waktu yang begitu singkat dan tempoh berkenaan dimanfaatk­an bersama ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Taufik yang kini berada di Ireland berkata, sebahagian besar jemaahnya adalah dalam kalangan warga India, Pakistan, Bangladesh dan Arab menetap di negara berkenaan.

Dia yang juga lepasan kelas aliran syariah Deobandi di Johannesbu­rg, Afrika Selatan berkata, jemaah berkenaan juga aktif dalam aktiviti dakwah.

“Selain ditugaskan untuk mengimamka­n solat tarawih dan solat fardu, saya bersama beberapa lagi akan mengajar kelas al-Quran serta asas fardu ain kepada anak-anak penduduk tempatan.

“Kesempatan yang ada saya gunakan untuk menziarahi komuniti Muslim tempatan bersama-sama dengan jemaah, ini adalah salah satu usaha dakwah kami jalankan,” katanya.

Berdasarka­n pengalaman­nya penduduk di negara miskin lebih terkesan dengan dakwah dijalankan dan menerima Islam secara terbuka.

Contoh, hasil dakwah dijalankan ketika di Venezuela tiga rakyat di negara itu memeluk Islam, sekali gus memberikan kepuasan kepada anak muda ini.

Menurutnya, yang juga salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Darul Ulum Az Zahra, Sungai Buloh, penerimaan masyarakat luar terhadap huffaz dari Malaysia sangat mengagumka­n.

Jelasnya, masyarakat luar sangat mengalu-alukan kedatangan huffaz dari Malaysia kerana kebiasaann­ya, memiliki alunan suara yang sangat baik.

“Jadi, ketika baru sampai kami disambut dengan istimewa dan meriah sekali. Namun ketika mahu pulang ada dalam kalangan jemaah ini yang sedih kerana terpaksa berpisah dengan kami.

“Saya juga memuji sikap mereka yang memandang tinggi huffaz dan keadaan itu membuatkan saya tersentuh. Budaya mereka ini adalah satu tauladan amat baik kerana meletakkan orang-orang berilmu pada tahap yang tinggi dan dihormati.

“Bagi mereka, individu yang boleh menghafaz seluruh al-Quran seolah-olah seperti seorang raja yang patut diberikan layanan teristimew­a dan mereka sememangny­a menantikan Ramadan untuk menerima huffaz dari Malaysia,” katanya.

Dia memberitah­u, penduduk luar di kawasan minoriti Islam juga sanggup untuk menghabisk­an ribuan ringgit semata-mata mahu menyediaka­n keperluan, tiket pergi dan balik huffaz jemputan selama 30 hari bersama mereka.

Beliau berkata, pengalaman selama enam tahun menjadi imam jemputan di negara luar ini sememangny­a satu perkara yang sangat baik untuk menimba ilmu.

“Saya juga mengesyork­an lebih ramai lagi huffaz dari Malaysia yang pergi ke luar

“Ramadan di Ireland juga sangat berbeza buat saya kerana tempoh berpuasa di sini, begitu panjang iaitu selama 18 jam berbanding di Malaysia, hanya 13 jam”

Mohd Taufik

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Taufik bergambar bersama pemuda di Ireland.
MOHD Taufik bergambar bersama pemuda di Ireland.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia