Harian Metro

DUA PARAH DI GERAI BURGER

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

“Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki itu memang laju dan dipandu terhoyong-hayang sebelum merempuh gerai burger dan empat pelanggann­ya,” kata saksi kejadian, Rahman Khalid, 40.

Pembantu restoran itu berkata, ketika kejadian, dia sibuk melayan pelanggan di restoran majikannya yang dipenuhi orang ramai berikutan restoran itu terletak bersebelah­an Bazar Aidilfiri serta berhadapan lokasi kejadian.

Katanya, ketika mengambil pesanan, tiba-tiba dia ternampak kenderaan pacuan empat roda yang meluncur laju dan terhoyang-hayang.

“Saya sempat menjerit meminta orang ramai dan pengunjung yang berjalan memasuki bazar bersebelah­an restoran supaya melarikan diri.

“Belum sempat saya menjerit kali kedua, kenderaan itu merempuh laju arah kiri jalan ke gerai burger dipenuhi pelanggan.

“Keadaan selepas itu kecoh. Ada pengunjung menjerit marah dan meluru ke arah pacuan empat roda meminta pemandu keluar manakala orang ramai terus mengepung kenderaann­ya,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, sepasang suami isteri parah manakala dua lagi wanita cedera dirempuh pacuan empat roda ketika menunggu pesanan burger selepas pulang dari Bazar Aidilfitri di Jalan Mohd Salleh, malam kelmarin.

Pasangan suami isteri serta dua wanita itu berdiri di depan gerai burger di kawasan jalan yang dipenuhi pengunjung.

Nurfarahim Elias, 28, dari Parit Haji Sidek yang hamil dua bulan patah tulang rusuk manakala suaminya, Enam Ahmad,32, patah kaki kanan.

Dua lagi mangsa, Nur Azirah Ghazali, 24, dan Marziana Mohktar,37, hanya luka di badan manakala pemandu pacuan empat roda yang berusia 33 tahun luka di muka dan badan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, semua mangsa dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat manakala pemandu terbabit dihantar ke Hospital Pantai Batu Pahat.

“Kemalangan itu berlaku apabila pemandu pacuan empat roda yang dipercayai mabuk itu hilang kawalan dan masuk ke sebelah kanan jalan merempuh empat wanita yang berdiri di tepi kanan jalan serta gerai burger berkenaan menyebabka­n dua parah dan dua lagi cedera ringan,” katanya ketika dihubungi.

 Empat pelanggan tunggu pesanan cedera dilanggar pemandu pacuan empat roda mabuk

 ??  ??
 ??  ?? PACUAN empat roda yang merempuh pelanggan gerai burger di Jalan Mohd Salleh, Batu Pahat.
PACUAN empat roda yang merempuh pelanggan gerai burger di Jalan Mohd Salleh, Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia