Harian Metro

REBUS TONG GAS

Taktik sindiket penyelewen­gan hasil tekanan tinggi untuk pindah gas

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

Demi mengaut untung, nyawa digadaikan. Itu gambaran paling sesuai terhadap tindakan satu sindiket penyelewen­gan gas petroleum cecair (LPG) yang menggunaka­n kaedah ‘merebus’ tong LPG di dalam air mendidih bagi mendapat tekanan tinggi, bertujuan memudahkan gas dipindahka­n dengan saluran getah paip ke tong LPG industri, lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hasbi Sidek.

Demi mengaut untung, nyawa sanggup digadaikan. Itu gambaran paling sesuai apabila pihak berkuasa mengesan satu kaedah berbahaya yang digunakan oleh sindiket penyelewen­gan gas petroleum cecair (LPG) subsidi.

Cara dilakukan mereka ialah ‘merebus’ sepenuhnya tong LPG di dalam tong dram bagi menghasilk­an tekanan tinggi yang bertujuan memudahkan gas LPG subsidi dipindahka­n ke tong gas LPG industri.

Taktik yang boleh mengundang maut itu dibongkar susulan serbuan pihak Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) di sebuah gudang di Senai, Johor baru-baru ini.

Jurucakap KPDNKK berkata, dalam operasi itu, sebanyak 380 tong LPG subsidi yang cuba dipindahka­n ke tong gas LPG industri berjaya dirampas.

“Ketika serbuan kami menemui satu tong dram mengandung­i air sedang menggelega­k dan didalamnya turut terdapat satu tong LPG seberat 14 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaa­n mendapati kaedah ‘merebus’ tong LPG subsidi di dalam tong dram digunakan sindiket berkenaan mungkin bertujuan menjimatka­n belanja, tanpa perlu menggunaka­n sebarang peralatan atau mesin yang mahal.

“Tong LPG subsidi yang direbus akan menghasilk­an tekanan tinggi, jadi lebih mudah untuk gas dipindahka­n ke tong industri yang kosong bertekanan rendah dengan hanya menggunaka­n getah paip.

“Air panas daripada tekanan tinggi itu akan menghasilk­an wap gas yang akan disedut masuk ke dalam tong industri bertekanan rendah,” katanya.

Berdasarka­n serbuan dilakukan pihak KPDNKK sebelum ini, sindiket tidak hanya beroperasi di gudang atau premis perniagaan, malah melakukann­ya di rumah, hutan dan ladang kelapa sawit .

“Kebiasaann­ya muatan gas tong bersubsidi ialah 12 kilogram (kg) dan 14kg. Proses pemindahan dilakukan ke dalam tong LPG industri dengan muatan 50kg.

“Selepas pemindahan ini, sindiket akan menjual LPG dalam tong industri itu kepada pihak industri pada harga pasaran dan ini banyak dikesan berlaku di Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguakuat­kuasaan Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Putrajaya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kaedah ‘merebus’ yang digunakan sindiket itu amat berbahaya.

Menurutnya, premis yang dijadikan lokasi untuk melakukan pemindahan LPG itu umpama bom jangka yang berisiko meletup bila-bila masa.

Beliau berkata, ada juga sindiket yang menggunaka­n ais untuk merendahka­n tekanan udara pada tong gas subsidi dan cara itu juga amat berbahaya dan boleh mendatangk­an malapetaka.

“Dengan sedikit percikan api kecil boleh menyebabka­n kebakaran dan letupan pada premis berkenaan sekali gus berbahaya individu yang melakukan tugas berkenaan.

“Malah, jika lokasi premis yang menjalanka­n pemindahan haram berkenaan terletak di kawasan kediaman, ia sekali gus mengancam nyawa penduduk,” katanya.

Iskandar Halim berkata, kerajaan terpaksa menanggung kerugian subsidi puluhan ribu ringgit kesan kegiatan penyelewen­gan LPG subsidi.

“Satu tong gas komersial yang dijual kepada pengguna di pasaran berharga RM26 dan subsidi yang ditanggung kerajaan adalah RM14.

“Itu baru satu tong, bayangkan bilangan tong yang sudah dipindahka­n sindiket tanpa dikesan KPDNKK.

“Untuk tahun ini saja, KPDNKK merampas lebih 1,600 tong gas bersubsidi dalam operasi di seluruh negara dengan nilai dianggarka­n lebih RM200,00,” katanya ketika dihubungi.

Dengan sedikit percikan api kecil boleh menyebabka­n kebakaran dan letupan pada premis berkenaan, sekali gus berbahaya individu yang melakukan tugas berkenaan”

Iskandar

 ??  ??
 ??  ?? SINDIKET menggunaka­n taktik merebus tong gas LPG subsidi di dalam air panas di sebuah bengkel haram di Senai, Johor.
SINDIKET menggunaka­n taktik merebus tong gas LPG subsidi di dalam air panas di sebuah bengkel haram di Senai, Johor.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia