Harian Metro

RAMPAS DADAH RM71 JUTA

Polis rampas methamphet­hamine bernilai RM71 juta Pengarah syarikat, enam lelaki terima kontena ditahan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor cnews@nstp.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencipta sejarah terbesar apabila merampas 1.187 tan me-thamphe-thamine bernilai RM71 juta di pasar raya mini di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromania­m berkata, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman turut merampas 750 gram heroin bernilai RM120,000.

Katanya, sepasukan anggota yang menjalanka­n risikan menyerbu premis pada jam 7 petang sebelum menahan lima lelaki berusia 22 hingga 48 tahun. “Kelima-lima suspek membabitka­n tiga lelaki warga Myanmar dan dua lelaki tempatan yang ketika itu baru saja menerima kehadiran kontena. Sebaik ditahan kami merampas kontena berkenaan,” katanya di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah di sini, semalam.

Subromania­m berkata, pemeriksaa­n menemui 1,187 bungkusan kuning dengan setiap satu seberat satu kilogram.

“Pemeriksaa­n mendapati bungkusan itu berisi Methamphet­hamine. Secara keseluruha­n bahan larangan berkenaan seberat 1.187 tan dengan nilai RM71 juta,” katanya.

Menurut Subromania­m, soal siasat ke atas suspek membawa penahanan pengarah syarikat pasar raya itu iaitu seorang wanita berusia 31 tahun di Cheras, Selangor pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati dadah dibawa dari Yangoon, Myanmar sebelum tiba di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kami menjalanka­n siasatan berikutan sindiket ini memiliki hubungan dengan sindiket pengedaran dadah di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu dengan mendaftark­an bungkusan dadah sebagai bahan makanan dan ia untuk pasaran dalam negara.

“Selain dadah, JKDM turut merampas 1.24 juta rokok putih, 1 tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubat pelbagai jenis yang belum diluluskan kastam.

“Semua rampasan bernilai RM95,000 dan cukai mencecah RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

 ??  ??
 ??  ?? SUBROMANIA­M (empat dari kanan) melihat hasil rampasan 1.187 tan methamphet­hamine di pasar mini di Seri Kembangan, semalam.
SUBROMANIA­M (empat dari kanan) melihat hasil rampasan 1.187 tan methamphet­hamine di pasar mini di Seri Kembangan, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN rampasan 1.24 juta rokok putih, 1 tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubat pelbagai jenis yang belum lulus kastam.
SEBAHAGIAN rampasan 1.24 juta rokok putih, 1 tan tembakau, 1.5 tan tembakau kunyah dan 1.3 tan ubat pelbagai jenis yang belum lulus kastam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia