Harian Metro

Dari sel ISA ke Menteri

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

 Senario paling tepat untuk merumuskan perjalanan tokoh politik negara, Mohamad Sabu

Daripada tahanan Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) ke barisan utama pemerintah­an negara. Itu senario menarik yang menggambar­kan perjalanan politik Mohamad Sabu.

Mohamad bukan saja sering mencuri tumpuan dengan cerita dan lawak jenakanya, malah turut mempamerka­n penampilan bersahaja walaupun kini sudah bergelar Menteri Pertahanan.

Ketika ditemui di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam, Mohamad berikrar melaksanak­an tugasnya sebagai Menteri Pertahanan dengan penuh dedikasi selain berjanji melakukan siasatan jika wujud penyelewen­gan membabitka­n kementeria­nnya.

Ikuti wawancara wartawan Harian Metro, Suraya Roslan bersama Mohamad berhubung pengalaman­nya seminggu memegang portfolio kanan berkenaan.

SOALAN (S): Sudah seminggu YB (Yang Berhormat) memegang portfolio ini, bagaimana YB membiasaka­n diri?

JAWAPAN (J): Alhamdulil­lah, makin hari makin saya memahami secara lebih mendalam peranan Kementeria­n Pertahanan, berhubung dengan kakitangan di sini sama ada di pihak uniform (pakaian seragam) dan orang awam. Saya semakin yakin dengan kerja saya, itulah yang berlaku selama seminggu ini.

S: Semua orang tahu Menteri Pertahanan adalah antara portfolio paling penting, sebaik diumumkan menjawat jawatan itu, apa perasaan YB?

J: Memang itu satu alam yang baru bagi saya untuk masuk kerana kepercayaa­n diberi Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk memegang jawatan ini. Apa yang ada dalam Kementeria­n Pertahanan dulu kita tahu dari sudut askar atau pertahanan secara umum, jadi bila kita tahu tanggungja­wab keselamata­n negara, perairan, hubungan dengan negara jiran dan kuasa besar, semua kita kena supaya meletakkan Malaysia negara aman, neutral dan bersiap siaga. Jadi hidup saya semua wartawan tahu perjuangan politik parti dan jalanan, tetapi kini memegang tanggungja­wab besar untuk Malaysia dan cuba pikul sebaik mungkin.

S: Boleh ceritakan pengalaman YB sebaik menjejakka­n kaki di Kementeria­n Pertahanan?

J: Suasana lain daripada seorang mengkritik dan membangkan­g, sekarang kita seorang pelaksana dan pihak di sana pula menjadi pengkritik. Semuanya menjalanka­n tanggungja­wab membina negara. Saya rasa tanggungja­wab menjadi pemerintah itu berat tetapi saya akan cuba melaksanak­an yang sebaik mampu.

S: Semua sedia maklum YB dengan PAS sejak 1981 dan pernah ditahan bawah ISA, bagaimana perjalanan politik YB hingga berada di tahap sekarang?

J: Dulu kita memberi pelbagai pandangan kritikan kepada kerajaan sebelum ini dan sekarang giliran kita melakukan (memerintah negara). Memang dulu kita kritik macam kita lihat filem. Kita tahu filem ini baik atau tidak baik di mana pelakon salah tapi kalau kita sendiri disuruh berlakon, berat. Sekarang kita diberi tanggungja­wab dan kita akan laksanakan dan segala kritikan kita buat dulu semoga tidak berulang untuk orang lain pula untuk mengkritik kita atas isu yang kita kemukakan dulu. Kita akan cuba usaha yang terbaik.

S: Apa misi dan visi untuk meningkatk­an imej Kementeria­n Pertahanan?

J: Ada misi dan visi yang telah berjalan, cuma kita sentiasa menyediaka­n kementeria­n ini dalam keadaan siapsiaga dan mampu mengatasi semua bentuk cabaran. Malaysia perlu berada di tahap itu dan kita tidak mahu ada sesuatu perkara yang dilihat boleh memperleke­hkan Malaysia. Kita ada kedaulatan dan kecekapan untuk hadapi segala bentuk cabaran.

S: Adakah pengalaman YB bergiat dalam politik mempengaru­hi dasar-dasar dalam menerajui kementeria­n ini?

J: Memang ada, segala kritikan dibuat selama ini mempengaru­hi diri saya supaya perkara yang kalau ada dilihat buruk tidak berulang dan berusaha memperting­katkan dari semasa ke semasa. Kita kena bersedia untuk membuat perubahan dengan kekalkan perkara yang elok sedia ada.

S: Bagaimana hubungan dengan Tun Mahathir sehingga tersebar gambar kononnya bersahur sekali?

J: Sekarang ini banyak cerita saya dibuat orang tidak diketahui, insya-Allah Setiausaha Akhbar saya akan beri penjelasan. Gambar Tun M datang makan itu kira-kira tujuh atau lapan bulan lalu ketika peringkat berkenalan iaitu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi. Kami sudah baik dan bersama dalam majlis ceramah ketika waktu awal struktur Pakatan Harapan. Saya mengundang beliau makan di rumah dan dia sudi datang, gambar itu diulang siar konon kami bersahur dan berbuka puasa itu tidak betul. Ketika itu saya masak daging goreng nampla dan nasi daging. Hubungan saya dengan Tun Mahathir sangat erat sekarang ini kerana kami saling memerlukan demi menyelamat­kan Malaysia.

S: YB digelar sebagai menteri yang bersikap low

profile, apa pendapat YB?

J: Saya akan kekal kehidupan saya sebagai orang rakyat bersama dengan rakyat. Segala bentuk protokol yang ada dalam kementeria­n saya akan ikut, saya akan kekal sebagai Mat Sabu bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Memang bila sudah jadi hak orang ramai, maka saya terpaksa berkelakua­n sebagai hak orang ramai, itu paling penting.

S: Tular di media sosial mengenai kisah kereta ‘roti john’ dan Perodua Viva Elite, adakah dakwaan cerita itu benar?

J: Itu tidak betul, saya tidak pernah sebut dan baru dengar kereta itu orang panggil roti john, saya tidak tahu siapa reka cerita. Konsep saya akan gunakan kemudahan yang disediakan pemerintah dan kalau itu hak saya mendapatin­ya, saya akan cuba dapatkan tetapi saya tidak akan mengambil sesuatu perkara luar daripada hak. Saya akan cuba untuk hidup sebaik-baik di bawah kemampuan gaji dan elaun. Saya terkejut baca rekaan dalam media sosial sekarang.

S: Adakah YB setuju dengan pendapat ramai mengatakan YB cukup terkenal dalam media sosial ketika ini?

J: Saya tidak bolehlah masuk bakul angkat sendiri. Kalau buat rekaan cerita hanya untuk berlawak, tiada masalah. Tetapi jika dibuat rekaan cerita untuk rosakkan imej seseorang, saya kena ambil perhatian.

S: Adakah YB berhasrat melaksanak­an siasatan dalam beberapa skandal membabitka­n Kementeria­n Pertahanan sebaik menyandang jawatan Menteri Pertahanan?

J: Itu memanglah sebelum kita berada di sini dan PRU lalu termasuk juga pendedahan dan pandangan yang dibuat bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri. Rakyat melihat banyak isu terhadap apa yang berlaku dalam kementeria­n ini. Oleh itu, kita bercadang melalui persetujua­n kabinet bahkan kabinet bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankua­sa siasatan secara mendalam. Dalam siasatan itu jika ada kes penyelewen­gan, tindakan akan diambil. Saya tidak mahu bersandark­an hearsay (dengar cakap), biarlah jawatankua­sa ini buat siasatan. Daripada siasatan itu, baru kita dapat bertindak kalau ada kes-kes tertentu. Kami akan membincang­kan dengan kabinet siapa akan menganggot­ai jawatankua­sa itu yang namanya akan diumumkan kemudian. Saya tidak beri tempoh masa kerana ia masih dalam perbincang­an dengan pihak kabinet dan Perdana Menteri. Sama ada mahu membabitka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia atau tidak, ia perlu diserahkan kepada jawatankua­sa itu nanti yang diisi oleh orang berpengala­man dan berwibawa dan mereka lebih mengetahui macam mana nak buat siasatan.

S: YB pernah mempunyai pengalaman ditahan ISA dan sekarang memegang portfolio membabitka­n keselamata­n dan kedaulatan negara, adakah YB fikir ISA perlu diwujudkan kembali?

J: Dalam hidup ini kita tidak ada proses membalas dendam, tetapi soal keselamata­n negara itu penting. Sekarang pelbagai undang-undang telah ada dan pada pandangan saya mencukupi untuk menangani permasalah­an dalam negara. Dengan undang-undang yang ada, kita boleh menjaga keselamata­n kecuali ada perkembang­an mutakhir yang memerlukan berlakunya pindaan. Bagi saya, ISA telah berlalu dan kita yang melaluinya tidak mahu kena kepada orang lain.

S: Adakah akan terdapat aspek pemodenan aset Angkatan Tentera Malaysia?

J: Soal pemodenan ini bergantung kepada kemampuan kewangan negara, memanglah saya menekankan pemodenan dan segala bentuk alatan diguna pakai sebaik-baiknya. Jika satu barang iaitu kapal terbang, kapal atau apa saja kalau sudah terlalu uzur dan kos menyelengg­ara terlalu tinggi, jadi semua itu kena lihat dari semasa ke semasa. Aspek pemodenan aset ini tanggungja­wab penuh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Menteri akan berbincang dengan PAT mengenai hal ini.

S: Apa yang YB selalu lakukan jika mengalami tekanan?

J: Saya suka sembang, gelak-gelak, bergaul dengan semua orang, bercerita ketika bertemu kawan dan cerita luar politik, luar-luar politik orang lelaki tahulah bergurau mereka macam-macam. Hobi saya suka masak kalau ada kelapangan iaitu masakan jenis lama dan kampung, masak moden saya tidak boleh.

S: Adakah YB akan mengambil kelas khas untuk mempelajar­i protokol Kementeria­n Pertahanan selepas tidak berhenti memberi penghormat­an pada panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja semasa pemeriksaa­n perbarisan Kawalan Kehormatan Utama sebelum ini?

J: Tidak mengapa, itu saya akan belajar secara harian dan menjadi satu pengalaman, boleh disesuaika­n dengan segera.

 ??  ??
 ??  ?? Segala bentuk protokol yang ada dalam kementeria­n saya akan ikut, saya akan kekal sebagai Mat Sabu bergaul dengan semua lapisan masyarakat”
Mohamad Sabu
Segala bentuk protokol yang ada dalam kementeria­n saya akan ikut, saya akan kekal sebagai Mat Sabu bergaul dengan semua lapisan masyarakat” Mohamad Sabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia