Harian Metro

Usul mansuh antiberita tidak benar ke Parlimen

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiktira­f kepemimpin­an Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mengakui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai

king maker sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PAS itu berkata, PAS akur king maker sebenar adalah Dr Mahathir yang mengetuai Pakatan Harapan (PH), bukannya parti yang diterajuin­ya, PPBM.

“Matlamat kami untuk menjadi king maker tidak berjaya, sebaliknya Dr Mahathir yang jadi king maker dengan hanya 13 kerusi Parlimen (dimenangi PPBM),” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, walaupun tidak berjaya menjadi king maker di peringkat Pusat, PAS berpuas hati kerana berjaya mengekalka­n kuasa di Kelantan dan merampas semula Terengganu, selain hampir berjaya menawan Kedah.

“Kita menang dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu dengan sendirinya masih boleh bersuara di peringkat Pusat. Selain itu, kita dapat menghantar suara melalui wakil di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor,” katanya.

Dalam PRU14, PAS memenangi 18 daripada 158 kerusi Parlimen ditandingi­nya, berbanding PH yang memenangi 121 kerusi Parlimen dan baki 79 lagi dimenangi BN.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS masih mempunyai kekuatan kerana parti Islam itu mendapat lebih dua juta undi pada PRU14.

“Ini ukuran kekuatan kita yang saya rasakan PAS masih kuat, namun sistem pilihan raya ini masih mengikut sistem British dan tidak mengikut sistem peratus,” katanya

Matlamat kami untuk menjadi king maker tidak

berjaya

Abdul Hadi Awang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia