Harian Metro

Guru ‘tauke’ mercun ditahan

-

Polis menahan seorang guru lelaki berusia 34 tahun dan merampas pelbagai mercun serta bunga api keseluruha­n bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, dekat sini, awal pagi semalam.

Serbuan jam 2.30 pagi itu dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, hasil pemeriksaa­n dalam premis itu, polis menemui 32 mercun dan bunga api diletakkan di dalam bilik.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah ini dipercayai baru saja memperoleh bekalan mercun dan bunga api berkenaan dari negara jiran.

Beliau berkata, serbuan itu adalah yang terbesar di daerah ini pada tahun ini menjelang sambutan Aidilfitri.

“Semua mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai diperoleh daripada orang tengah sebelum dijual

sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Dalam serbuan itu, antara mercun dan bunga api

dirampas ialah Happy Boom, Papan Bulat, Avion Nocturno,

Glow of Sunset dan On Fireworks dan mercun bola. “Nilai rampasan mercun dan bunga api itu dianggarka­n bernilai RM10,000,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.

Mohd Zamri berkata, suspek disahkan tiada rekod jenayah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

 ??  ?? MOHD Zamri (dua dari kiri) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas, semalam.
MOHD Zamri (dua dari kiri) menunjukka­n mercun dan bunga api yang dirampas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia