Harian Metro

Tak wajar, munasabah

-

Kota Bharu: Larangan terhadap dua pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) daripada memasuki semua Jabatan Kerajaan Negeri dan enam istana di Kelantan dianggap pelik serta tidak pernah berlaku dalam negara yang mengamalka­n sistem demokrasi.

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata, larangan yang dikeluarka­n menerusi edaran pekeliling kepada kakitangan kerajaan negeri kelmarin terhadap Naib Presiden AMANAH, Husam Musa dan Pengerusi AMANAH negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang dianggap tidak wajar dan munasabah dengan menghalang mana-mana individu untuk berurusan dengan agensi kerajaan.

“Kami tidak tahu punca arahan itu dikeluarka­n sebab setakat ini tidak menampakka­n sebarang krisis dengan kerajaan negeri mahupun pihak istana.

“Kami menghormat­i larangan dari memasuki istana kerana ia adalah kawasan peribadi tetapi premis kerajaan adalah tempat awam.

“Pekeliling ini amat tidak wajar lebih-lebih lagi bila membabitka­n larangan kepada pimpinan parti yang memerintah Kerajaan Persekutua­n sekarang untuk memasuki mana-mana premis kerajaan untuk menjalanka­n urusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

NSTP semalam melaporkan dalam pekeliling yang dikeluarka­n pada 27 Mei lalu, dua pemimpin AMANAH terbabit disenaraik­an antara yang dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan di Kota Darulnaim, semua pejabat kerajaan negeri dam enam istana di negeri ini.

Turut dinyatakan mana-mana pegawai kerajaan yang ingkar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-peraturan

Pegawai Awam Negeri Kelantan (Kelakuan dan Tatatertib) Tahun 1996 atau mana-mana peraturan yang berkuat kuasa serta-merta.

 ??  ?? WAN Abdul Rahim CHE Ibrahim menunjukka­n pekeliling yang menghalang kemasukan Husam dan Wan Abdul Rahim.
WAN Abdul Rahim CHE Ibrahim menunjukka­n pekeliling yang menghalang kemasukan Husam dan Wan Abdul Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia