Harian Metro

Ibu tunggal hati emas

-

 Keperitan hidup selepas bercerai dorong bekas cef beri makanan percuma kepada gelandanga­n

tahun bergelar ibu tunggal membuatkan dia memahami kesukaran hidup golongan kurang bernasib baik termasuk gelandanga­n yang tiada tempat berteduh.

“Selepas bercerai pada 2011, saya rasa keperitan membesarka­n enam anak berusia tujuh hingga 22 tahun.

“Ketika itu saya berazam membantu golongan memerlukan melalui pengalaman kerja yang dimiliki,” katanya.

Menurut Fazilah, dia membeli barang keperluan dan memasak di rumah sebelum diedarkan dengan bantuan rakannya.

“Ini program tahun keempat dan saya memasak untuk diedarkan setiap kali Ramadan.

“Aktiviti di Seremban dan Kuala Lumpur ini tidak terhad pada bulan puasa, tetapi juga pada bulan lain,” katanya.

Fazilah yang juga peniaga kecil berkata, dia memerlukan dana berterusan untuk meneruskan aktiviti itu dan buat masa ini turut menerima sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM200 setiap bulan.

“Sumbangan ini digunakan bagi menyediaka­n makanan. Biar pun bergelar ibu tunggal, saya tidak pernah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal,” katanya.

Menurutnya, pada Jumaat dan Sabtu ini, dia memasak dan mengedarka­n ratusan pek makanan untuk diedarkan kepada gelandanga­n serta ibu tunggal di Lobak, Rasah, Senawang dan bandar Seremban.

Katanya, orang ramai yang sudi menyumbang boleh menghubung­inya di talian 016-6527393 atau melalui akaun Alliance bank bernombor 05017-0-02-978116-1.

 ??  ?? FAZILAH (kanan) rakannya mengedarka­n makanan kepada gelandanga­n di sekitar Seremban.
FAZILAH (kanan) rakannya mengedarka­n makanan kepada gelandanga­n di sekitar Seremban.
 ??  ?? FAZILAH menyantuni anak gelandanga­n.
FAZILAH menyantuni anak gelandanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia