Harian Metro

BINA MASJID HASIL JUAL AYAM

- Agensi

 Bermula dengan lima ekor ayam kini jutawan industri makanan

Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto Raharjo berjaya membina masjid, impian yang di simpannya sejak kecil.

Wanita berusia 66 tahun yang kini jutawan dan memilik syarikat makanan di Indonesia, belajar berniaga apabila mengikut ibunya berniaga di pasar sejak kecil.

“Saya membonceng basikal ibu ke pasar dan selepas membantu ibu menyiapkan barangan jualan, terus ke sekolah.

“Apabila pulang, saya kembali ke pasar membantu ibu sebelum pulang ke rumah ketika hampir malam,” katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya, di pasar itu tiada sesiapa menjual ayam siap diproses dan ibunya mencadangk­an dia menjual ayam proses.

“Dengan sedikit modal diberi ibu, saya membeli lima ayam untuk diproses sebelum menjualnya kembali,” katanya.

Lama kelamaan perniagaan­nya semakin maju dan selepas tamat sekolah menengah, jualan ayamnya meningkat kepada ratusan ekor sehari.

Kini Suciati mempunyai kilang memproses ayam dan pengeluar pelbagai produk makanan berasaskan ayam seperti sosej, nuget dan

Hasil perniagaan itu dia berjaya membina masjid mengikut rekaan Masjid Nabawi di Madinah di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta, yang boleh memuatkan 1,500 jemaah.

burger.

 ??  ?? MASJID Suciati Saliman yang terletak di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta yang baru dibuka baru-baru ini. - Kompas.com
MASJID Suciati Saliman yang terletak di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta yang baru dibuka baru-baru ini. - Kompas.com
 ??  ?? SUCIATI di dalam masjid yang
dibinanya hasil perniagaan menjual produk berasaskan
ayam. - Kompas.com
SUCIATI di dalam masjid yang dibinanya hasil perniagaan menjual produk berasaskan ayam. - Kompas.com
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia