Harian Metro

Fasa transforma­si Kian Meng-Pei Jing

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Peminat akan menyaksika­n gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang ‘baru’ pada saingan Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil dari 26 Jun hingga 1 Julai depan.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Pang Cheh Chang berkata, selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu sepanjang tahun ini, Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-12 dunia kini melalui proses transforma­si dalam program latihan mereka bagi mengembali­kan tahap keyakinan mereka.

“Saya membuat perubahan dalam program latihan mereka selain cuba mengubah cara pemikiran dalam permainan. Saya akan pantau perkembang­annya dari semasa ke semasa. Mereka ada tempoh lima hingga enam minggu bagi melakukan persiapan menghadapi Terbuka Malaysia.

“Jadi, kami akan lihat sama ada mereka boleh menterjema­hkan perubahan dilakukan pada Terbuka Malaysia nanti. Saya akan membuat penilaian pada kejohanan itu sebelum merangka program lain bagi Kejohanan Dunia,” kata Cheh Chang.

Kemerosota­n prestasi Kian Meng-Pei Jing menyaksika­n mereka digugurkan pada saat akhir untuk temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018, bulan lalu. Tempat mereka digantikan pasangan, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie.

Bagaimanap­un, Kian Meng-Pei Jing boleh menarik nafas lega apabila layak secara merit ke Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos depan. Soon Huat-Shevon turut layak beraksi di Nanjing.

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing mengembali­kan tahap keyakinan mereka.
KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing mengembali­kan tahap keyakinan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia