Harian Metro

Tolong JHS

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

 Kerjasama pemimpin masyarakat perlu bagi banteras balak haram

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memerlukan kerjasama pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung dan tuai rumah sebagai ‘mata dan telinga’ bagi membantera­s kegiatan pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar secara haram di sekitar mereka.

Penolong Pengarah (Bahagian Pencegahan dan Penguatkua­saan) JHS, Abdul Wahab Ahmad, berkata ketua masyarakat harus menjaga kawasan masing-masing termasuk mengawal aktiviti penduduk supaya tidak terbabit dengan kegiatan berkenaan. Beliau menjelaska­n kegiatan seperti itu melanggar peraturan termaktub dalam Ordinan Hutan 2015, Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998 serta Rizab Alam Semulajadi dan Taman Negara 1998.

“Ketua masyarakat harus sentiasa peka dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang di kawasan hutan masing-masing dan memaklumka­n kepada pihak jabatan agar kita dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekangn­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kempen kesedaran bagi membantera­s pembalakan haram, penceroboh­an kawasan terlindung sepenuhnya dan pemburuan hidupan liar secara haram di Majlis Daerah Lundu, di sini kelmarin.

Ia dihadiri 101 ketua masyarakat merangkumi Pemanca, Penghulu, Ketua Kaum dan Ketua Kampung bagi kawasan Lundu dan Sematan yang dirasmikan Pegawai Daerah Lundu, Awang Putrayusri­e Awang Redzuan.

Kempen anjuran Pejabat Daerah Lundu itu bertujuan memberikan pendedahan kepada orang awam mengenai usaha pencegahan dan penguatkua­saan oleh Jabatan Hutan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesertta kempen kesedaran bagi membantera­s pembalakan haram.
SEBAHAGIAN pesertta kempen kesedaran bagi membantera­s pembalakan haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia