Harian Metro

Elak peniaga seleweng harga

- Norizuan Shamsuddin norizuan@nstp.com.my

 KPDNKK tingkat operasi pantau barangan kawalan sempena hari raya

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan memperting­katkan operasi bagi memastikan harga barangan kawalan berada dalam keadaan terkawal menjelang Aidilfitri.

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, operasi penguatkua­saan barangan kawalan sempena Aidilfitri dijadualka­n bermula 8 hingga 22 Jun ini.

Mohd Rislan berkata, operasi dijalankan bertujuan mengekang kenaikan harga serta pencatutan, bagaimanap­un tarikh pelaksanaa­n sebenar operasi akan diumumkan selepas mendapat persetujua­n Kabinet.

Menurutnya, menerusi operasi itu bahagian penguat kuasa KPDNKK akan memantau harga barang kawalan disenaraik­ansupaya tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga semata-mata mahu mengaut keuntungan.

“Contoh barang akan disenaraik­an adalah daging ayam, kami tetapkan harga jualan RM7.50 satu kilogram, jadi peniaga tidak boleh tawarkan barangan basah berkenaan melebihi harga ditetapkan.

“Sekiranya peniaga didapati menaikkan harga atau melakukan pencatutan tindakan boleh dikenakan mengikut peraturan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pemantauan turut dilakukan bagi memastikan peniaga mematuhi penetapan sifar peratus bagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula Jumaat ini.

“Selepas perlaksana­an GST sifar peratus harga barangan sepatutnya turun terutama barangan seperti pakaian dan peralatan elektrik,” katanya.

 ??  ??
 ?? Mohd Roslan Mahayudin ?? Operasi dijalankan bertujuan mengekang kenaikan harga serta pencatutan, bagaimanap­un tarikh pelaksanaa­n sebenar operasi akan diumumkan selepas mendapat persetujua­n Kabinet”
Mohd Roslan Mahayudin Operasi dijalankan bertujuan mengekang kenaikan harga serta pencatutan, bagaimanap­un tarikh pelaksanaa­n sebenar operasi akan diumumkan selepas mendapat persetujua­n Kabinet”
 ??  ?? SENARAI harga ayam di pasar utama di Kuala Lumpur.
SENARAI harga ayam di pasar utama di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia