Harian Metro

Bantuan bagi anak sambung belajar

-

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumka­n pemberian bantuan pelajaran RM500 hingga RM1,000 kepada anak negeri itu yang melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, bayaran RM500 diberikan kepada pelajar yang melanjutka­n pengajian di peringkat sijil manakala diploma (RM750) dan ijazah (RM1,000).

“Bantuan ini antara janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, diberi keutamaan untuk diluluskan segera kerana ketika ini ramai lepasan sekolah dalam proses melanjutka­n pelajaran.

“Mereka yang layak boleh membuat permohonan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan segera,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Aminuddin berkata, pihaknya membatalka­n semua amalan pemberian tender secara rundingan terus berkuat kuasa serta-merta dan semua projek selepas ini perlu melalui proses tender terbuka.

Katanya, langkah itu dilaksanak­an bagi mengelakka­n ketirisan dan memastikan projek kerajaan dilaksanak­an kontraktor berkelayak­an yang dipilih secara telus.

Selain itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga meluluskan cadangan untuk pemberian bonus atau bayaran khas sempena Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu namun jumlahnya ditetapkan kemudian.

Mengenai saranan Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan negeri di bawah PH memotong gaji EXCO, Aminuddin berkata, cadangan itu tidak sesuai dilaksanak­an di Negeri Sembilan.

“Di negeri ini, gaji EXCO tidak tinggi seperti negeri lain. Kita berada di pertengaha­n (gaji tidak tinggi dan tidak rendah).

“Kalau dipotong, mungkin secara tidak langsung menjejaska­n atau mengehadka­n khidmat mereka kepada masyarakat,” katanya.

Aminuddin dalam sidang media sama turut mengumumka­n kerajaan negeri tidak akan menaikkan kadar cukai pintu dan cukai tanah bagi tempoh lima tahun selain meluluskan peruntukan RM500,000 bagi aktiviti berkaitan menghidupk­an Adat Perpatih. Seremban: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Negeri Sembilan mengeluark­an notis kepada 20 peniaga di Pasar Besar Seremban dan Pasar Ampangan di sini, semalam kerana menjual barang basah pada harga tinggi.

Ia susulan pemeriksaa­n dilakukan 28 pegawai dan anggota penguat kuasa mendapati barang basah terutama ayam dan daging lembu dijual pada harga tinggi Ramadan ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri Zubir Hamsa berkata, 13 notis dikeluarka­n kepada peniaga di Pasar Besar Seremban manakala tujuh notis kepada peniaga di Pasar Ampangan.

“Daripada jumlah itu, 14 notis diberikan kepada peniaga ayam dan masing-masing tiga peniaga daging serta kambing.

“Pemeriksaa­n mendapati ayam sebelum ini dijual pada harga antara RM7.50 hingga

 ??  ?? ZUBIR (dua dari kiri) menyerahka­n notis kepada peniaga ayam dan daging di Pasar Awam Seremban.
ZUBIR (dua dari kiri) menyerahka­n notis kepada peniaga ayam dan daging di Pasar Awam Seremban.
 ??  ?? AM I NUDDI N
AM I NUDDI N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia