Harian Metro

Pembatalan projek HSR dianggap sebagai langkah bijak

-

Pembatalan projek mega Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) yang menelan kos RM110 bilion adalah langkah bijak, kata Ketua Ahli Ekonomi merangkap Ketua Penyelidik

Kumpulan Ambank, Dr Anthony Dass.

Beliau berkata, walaupun pembatalan projek itu berkemungk­inan menyebabka­n kerajaan menanggung kos sehingga RM500 juta dalam penalti, iaitu bersamaan 0.45 peratus jumlah keseluruha­n kos projek, tetapi ia dilihat masih boleh diurus.

“Keputusan kerajaan untuk membatalka­n projek HSR kelihatann­ya adalah langkah bijak kerana kos projek berkemungk­inan lebih besar berbanding manfaat kepada ekonomi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Anthony berkata, keputusan itu pastinya adalah satu rintangan kepada syarikat pembinaan dan kereta api di Asia, termasuk dari China dan Jepun yang berminat untuk mendapatka­n sebahagian daripada kontrak kerja projek mega itu.

Beliau berkata, projek itu boleh mengambil masa lebih panjang daripada jangkaan untuk membolehka­nnya mula meraih pulangan modal, dengan mengambil kira persaingan sengit mod penyambung­an lain seperti laluan darat dan udara.

Daya maju projek HSR itu amat bergantung kepada harga tiket dan jumlah penumpang.

“Langkah pembatalan itu memberi ruang kepada penjimatan, terutamany­a dengan hutang kerajaan yang meruncing pada RM1.09 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia