Harian Metro

Raja Muda terajui FAS?

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Barisan Exco tak halang Subahan letak jawatan mahu Tengku Amir kemudi pucuk pimpinan

Barisan Exco Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak ada halangan menerima peletakan jawatan presiden Datuk Seri Subahan Kamal untuk memberi laluan kepada Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Menurut salah seorang Exco, Datuk Ariffin Abd Hamid sudah tiba masanya untuk perubahan pucuk pimpinan dilakukan selepas pelbagai masalah melanda skuad Red Giants itu.

“Saya jangka Exco tidak ada halangan untuk menerima peletakan jawatan Datuk Seri Subahan dan kami sebenarnya berterima kasih dengan keputusann­ya itu selepas

(gambar)

memberi banyak sumbangan dalam bola sepak Selangor.

“Melihat kepada perkembang­an ketika ini, memang ahli Exco mengharapk­an Tengku Amir untuk menerajui FAS dan difahamkan beliau sebelum ini sudah memberi reaksi positif mengenai cadangan ini dengan syarat tidak ada sebarang pertanding­an merebut jawatan itu.

“Dengan peletakan jawatan Datuk Seri Subahan, saya fikir ia akan memudahkan lagi peralihan kuasa dan kami harap Tengku Amir bersedia untuk

menerajui FAS sekali gus, meletakkan semula Selangor di landasan betul,” katanya.

Sukan NSTP kelmarin melaporkan, Subahan, 53, mengesahka­n akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAS selepas dilantik pada Februari tahun lalu.

Hasrat itu akan disuarakan kepada ahli gabungan FAS ketika mesyuarat jawatankua­sa eksekutif persatuan itu di Kelana Jaya, hari ini.

Turut mengikut jejak langkahnya, Timbalan Presiden Datuk Seri Sharil Mokhtar.

Justeru FAS perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memilih presiden dan timbalan baru.

Ariffin berkata, dengan ketiadaan dua pegawai tertinggi FAS itu, mereka dijangka akan melantik naib presiden Datuk Abdul Rauf Ahmad sebagai pemangku presiden dan K Palanisamy sebagai pemangku timbalan presiden.

“Melihat kepada hierarki, kami ada empat naib presiden iaitu Datuk Abdul Rauf Ahmad, K Palanisamy, Datuk Lim Thean Sheang dan Nizam Sani.

“Exco FAS dijangka akan melantik Datuk Abdul Rauf sebagai pemangku presiden, manakala Palanisamy pula sebagai timbalan buat sementara sebelum EGM diadakan untuk mengisi jawatan itu secara tetap,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia