Harian Metro

Umpama beraya di istana

 Paradigm Mall JB meriahkan suasana beli-belah dengan tema Royale Raya

- Junita Mat Rasid am@hmetro.com.my

Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada 1 Syawal sebagai menandakan berakhirny­a Ramadan juga menjadi waktu keluarga dan sahabat handai berkumpul untuk mengeratka­n silaturahi­m dan saling bermaafan.

Sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk di Malaysia, Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) yang dibuka pada November lalu merayakan hari raya pertama bersama orang ramai tahun ini dengan tema kilauan emas mirip istana Timur Tengah. Kempen yang dinamakan

Royale Raya (Raya Diraja) berlangsun­g sejak 17 Mei sehingga 1 Julai ini dan sepanjang tempoh itu, pengunjung berpeluang merasai suasana seperti berada di istana diraja yang tersergam indah dengan ruang legar Paradigm Mall JB dihiasi salutan warna keemasan dan corak geometri yang sinonim dengan kesenian Islam.

Sebaik melangkah masuk ke Paradigm JB, nescaya membuatkan sesiapa saja terpikat dengan kediaman kerabat diraja buatan yang amat mempesona itu.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls, Selena Chua, berkata, memandangk­an ini sambutan hari raya yang pertama Paradigm Mall JB, pihaknya mahu memastikan ia meninggalk­an kenangan manis untuk semua dan tema istana diraja emas terlintas dalam fikiran.

“Untuk menghargai pengunjung kami, kami fikir kenapa tidak melayan mereka seperti kerabat diraja? Hari raya inilah peluang yang terbaik untuk kami berbuat demikian,” katanya.

Bagi memeriahka­n lagi kempen ini, Paradigm JB akan menganjurk­an pelbagai aktiviti menarik yang berasaskan permainan tradisiona­l dan kebudayaan yang membolehka­n pengunjung mengambil bahagian dalam permainan seperti Pertanding­an Congkak Royale yang menjadi kegemaran kanak-kanak satu ketika dulu, sekali gus mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak.

“Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan Baju Raya Lip Lap yang terbuka kepada semua keluarga. Selain itu, kami juga mengadakan peraduan Sireh Junjung Royale Paling Kreatif agar mereka yang berminat dapat berentap menghasilk­an gubahan sireh yang imaginatif dan bergaya.

“Semua aktiviti ini diadakan di Tingkat Bawah, Paradigm JB dari 26 Mei hingga 9 Jun. Kami pasti dengan pelbagai aktiviti yang diatur dan ditambah dengan aturcara lain, Royale

Raya di Paradigm Mall JB menjanjika­n kelainan berbanding sambutan yang lain sebelum ini.

“Kepada mereka yang mengunjung­i Paradigm JB sama ada untuk membeli-belah mahupun menjamu selera, kami berharap anda semua akan menikmati setiap saat berada di pusat membeli-belah kami. Lagi pun, mana ada tempat yang lebih sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan bersantai dan meluangkan masa bersama, kalau bukan di Paradigm JB,” katanya.

Paradigm JB menjadi pusat beli-belah sehenti yang menawarkan pelbagai keperluan hari raya dengan apa sahaja yang diperlukan, semuanya terdapat di sini termasuk pakaian baru untuk menyambut Aidilfitri dan peralatan dekorasi menarik bagi menghiasi kediaman masing-masing.

Di Paradigm JB, keseronoka­n tidak hanya terhad kepada aktiviti membeli-belah, pengunjung juga boleh menyertai beberapa bengkel yang diatur khusus sempena Hari Raya seperti bengkel membuat Batu Seremban yang kreatif dan kad raya pop-timbul, selain mempelajar­i cara menghiasi kuih raya, membuat balang kuih raya dan mewarnakan batik.

Selain itu, Paradigm JB juga akan diserikan dengan pertunjuka­n kebudayaan tradisiona­l seperti wayang kulit, muzikal ghazal dan tarian Melayu inang yang selari dengan tema Diraja Royale, selain tarian zapin, angklung, gamelan serta cak lempong.

Paradigm JB juga tidak ketinggala­n menunaikan tanggungja­wabnya menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan­nya apabila turut berganding bahu dengan Masjid Al-Mahabbah di Taman Bukit Mewah untuk mengagihka­n bubur lambuk kepada penduduk sekitar dan pengunjung Paradigm JB.

Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Paradigm JB yang menawarkan pelbagai pilihan restoran kegemaran ramai termasuk Food Arcade, Seoul Garden, dipndip, Ayam Penyet Best, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook Paradigm JB di https://www.facebook.com/ParadigmJB/ atau layari laman sesawang rasmi www.paradigmma­ll.com.my/jb.

 ??  ?? PENGUNJUNG seperti berada di istana di ruang legar Paradigm Mall JB yang dihiasi salutan warna keemasan dan corak geometri yang begitu sinonim dengan kesenian Islam.
PENGUNJUNG seperti berada di istana di ruang legar Paradigm Mall JB yang dihiasi salutan warna keemasan dan corak geometri yang begitu sinonim dengan kesenian Islam.
 ??  ?? PENGUNJUNG mencari kelengkapa­n menyambut hari raya.
PENGUNJUNG mencari kelengkapa­n menyambut hari raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia