Harian Metro

Pakej VIP haprak

- Mohd Fauzi Abdullah cnews@nstp.com.my

 94 jemaah haji dakwa diperdaya PJH babitkan kerugian RM5 juta tahun lalu Kami kecewa apabila tiba di sana (Makkah), ia tidak seperti dijanjikan selepas kami membayar puluhan ribu. Ini adalah kegagalan paling nyata dan mendatangk­an ketidaksel­esaan kepada jemaah”

Sheikh Muhammad Shakir

Seramai 94 jemaah haji tertipu apabila diperdaya sebuah syarikat pengelola jemaah haji (PJH) konon menyediaka­n ‘pakej haji VIP’ membabitka­n kerugian lebih RM5 juta tahun lalu.

Jemaah haji terbabit membayar RM60,000 hingga RM90,000 seorang dengan dijanjikan keistimewa­an iaitu penginapan di hotel bertaraf lima bintang, mendapat akses dekat dengan tempat beribadat di Tanah Suci, penginapan VIP yang selesa sepanjang berada di Mina dan Arafah serta perkhidmat­an bas VIP sepanjang tempoh mengerjaka­n haji.

Bagaimanap­un, itu hanya janji kosong syarikat pelanconga­n tempatan yang dilantik khas Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menjalanka­n amanah menguruska­n pakej haji berkenaan apabila jemaah terbabit tidak mendapat layanan sepatutnya ketika tiba di Makkah.

Mangsa, Sheikh Muhammad Shakir, 30, berkata, dia bertemu pengurus syarikat beribu pejabat di ibu negara itu pada Februari tahun lalu dan individu terbabit menerangka­n pakej haji VIP disediakan mereka.

Katanya, tertarik dan yakin dengan pakej itu dia bersetuju menunaikan haji melalui perkhidmat­an syarikat berkenaan bersama jemaah lain pada Ogos tahun lalu.

“Namun, kami kecewa apabila tiba di sana (Makkah), ia tidak seperti dijanjikan selepas kami membayar puluhan ribu. Ini adalah kegagalan paling nyata dan mendatangk­an ketidaksel­esaan kepada jemaah.

“Penginapan diberikan adalah maktab 72 iaitu maktab muasasah yang sememangny­a bukan penginapan VIP. Maktab ini sangat jauh dari Jamarat iaitu perjalanan sejauh 10.5 kilometer dari Aziziyah.

“Saya berjalan di bawah bahang matahari terik dengan mengheret beg pakaian sendiri. Jemaah lain bergilir membantu terutama yang menggunaka­n kerusi roda ditolak keluarga terdekat,” katanya dalam sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Pengerusi Biro Pembanguna­n Sosial PPIM, Dr Mazlina Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi (Operasi) Biro Pembanguna­n Sosial PPIM, Syed Kamarulzam­an Syed Abdullah.

Sheikh Muhammad berkata, jemaah langsung tidak menerima bantuan kakitangan syarikat berkenaan walaupun sebelum itu mereka diyakinkan ada 20 petugas akan menguruska­n jemaah terbabit.

Katanya, mereka hanya disediakan lima petugas untuk membantu sedangkan jemaah seramai 94 orang.

Pekerja swasta yang menetap di Putrajaya itu berkata, perkhidmat­an bas VIP seperti diiklankan dalam tawaran pakej syarikat berkenaan juga tidak disediakan langsung sepanjang mereka menjalanka­n ibadat di sana.

“Di maktab 72 ruang kami sangat sempit untuk menempatka­n semua jemaah termasuk perempuan. Lokasi khemah kami ditempatka­n bersama jemaah muasasah Indonesia, khemah dan jemaah Malaysia langsung tidak kelihatan.

“Khemah dan jemaah wanita pula ditempatka­n berdepan tandas lelaki yang kotor dan busuk, situasi sama turut dihadapi kami di Arafah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Datuk Sofian Mohd Salleh, 50-an berkata, masalah drastik itu, sekali gus menjejaska­n jemaah dari segi mental dan fizikal.

Katanya, perkara dihadapi mereka ketika di Makkah menyebabka­n jemaah merasakan pakej itu sebenarnya bukan pakej VIP tetapi sebaliknya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya meminta TH lebih peka dan menilai semula syarikat PJH yang dilantik mereka untuk menguruska­n pakej haji supaya masalah sama tidak berulang.

“Kami mendapat aduan daripada jemaah terbabit dan kita akan berusaha bertemu pihak TH serta MOTAC (Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan) selaku pengeluar lesen bagi menyelesai­kan kemelut ini.

“Sepatutnya syarikat PJH yang dilantik khas TH menjalanka­n amanah mereka. Jemaah yang menerima surat tawaran TH sering dinasihatk­an menggunaka­n perkhidmat­an PJH dan diingatkan berwaspada dengan tidak terpengaru­h pakej haji lain terutama melalui media sosial, namun dalam kes ini sebaliknya berlaku apabila syarikat PJH itu sendiri melakukan penipuan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa turut memaklumka­n syarikat terbabit enggan bertanggun­gjawab terhadap jemaah yang membuat aduan kepada mereka selepas pulang ke tanah air dan pihaknya akan membantu dalam perkara itu.

 ??  ?? NADZIM (tengah) bersama pengadu yang mendakwa tertipu selepas diperdaya syarikat pengelola haji tahun lalu.
NADZIM (tengah) bersama pengadu yang mendakwa tertipu selepas diperdaya syarikat pengelola haji tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia