Harian Metro

10,000 percuma

- Amir Abd Hamid amir_hamid@nstp.com.my

Perasaan ceria jelas terpancar pada wajah murid di tiga Sekolah Wawasan di sini, semalam apabila menerima agihan susu percuma.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) Tarang Gupta berkata, pihaknya menyediaka­n 10,000 kotak susu percuma sempena Hari Susu Sedunia, hari ini.

Beliau berkata, trak susu berwarna biru ceria Dutch Lady menghantar susu ke sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Tan Cheng Lock dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambathan.

“Seiring Hari Susu Sedunia yang disambut 1 Jun setiap tahun, kami terus gigih mempromosi­kan kebaikan dan khasiat susu kepada generasi masa depan.

“Kami berharap mereka dapat meneruskan amalan meminum dua gelas susu dan menjalanka­n aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam sehari bersama keluarga atau rakan,” katanya.

 Dutch Lady agih kotak susu sempena Hari Susu Sedunia

Beliau berkata demikian pada majlis penganjura­n sambutan Selamat Hari Susu Sedunia 2018 kerjasama antara Dutch Lady Malaysia dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Dato’ Onn Jaafar, Kompleks Sekolah Wawasan, semalam.

Hadir sama, Ketua Sektor Perancanga­n Strategik KPM Cyril Christophe­r Singgam.

Menurut Gupta, selain berkongsi kebaikan membekalka­n nutrisi kepada pengguna dan generasi depan negara ini, susu juga relevan sebagai pembekal tenaga bagi yang berpuasa.

“Susu dan kurma adalah diet makanan sempurna untuk bersahur semasa Ramadan ini. Selain membekalka­n nutrisi seimbang, pengambila­n susu dan kurma bantu memberikan tenaga sepanjang hari,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MURID menerima susu Ducth Lady sempena Hari Susu Sedunia di SK Dato’ Onn Jaafar.
MURID menerima susu Ducth Lady sempena Hari Susu Sedunia di SK Dato’ Onn Jaafar.
 ??  ?? PELANCARAN program 10,000 pek susu Ducth Lady kepada murid sekolah rendah.
PELANCARAN program 10,000 pek susu Ducth Lady kepada murid sekolah rendah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia