Harian Metro

Sistem kebakaran di HSA, HK dan HKL mesti dipertingk­at

-

Putrajaya: Walaupun tidak pernah diklasifik­asikan sebagai tidak selamat tetapi sistem kebakaran di

Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Kajang (HK) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mesti dipertingk­atkan kerana sehingga kini tiada Sijil Perakuan Bomba (FC) diberikan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid, bagaimanap­un berkata, pihaknya amat berharap sistem keselamata­n kebakaran di tiga hospital itu segera dipertingk­atkan.

“Memang tiga hospital itu tidak dilengkapi sepenuhnya sistem keselamata­n kebakaran tapi JBPM tidak mengklasif­ikasikan ketiga-tiganya sebagai bangunan tidak selamat.

“Sistem keselamata­n kebakaran sebenarnya boleh dipertingk­atkan melalui penjagaan dan pengurusan yang betul oleh pemilik premis sementara mereka mempunyai peruntukan untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Soiman berkata, setiap hospital perlu mengambil tindakan wajar dengan mengamalka­n sistem pengurusan yang baik.

“Buat penyelengg­araan, kurangkan pendawaian berlebihan, longgokkan sampah dan bahan kimia yang mudah terbakar dibuang atau disimpan di bangunan berasingan daripada hospital,” katanya.

Menjawab soalan wartawan mengenai kerancakan pembanguna­n di HKL tetapi gagal menyediaka­n pelan kepada JBPM, Soiman berkata, bukan semua bangunan di HKL bermasalah.

“Bangunan baru tiada masalah kerana dilengkapi sistem keselamata­n. Masalah yang berlaku di HKL adalah membabitka­n bangunan lama yang dilakukan penambahan atau diubahsuai saja masih gagal (mendapat FC).

“Penambahba­ikan atau ubah suai itu sepatutnya perlu merujuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JBPM terlebih dulu supaya membolehka­n kita memberi cadangan mengenai sistem keselamata­n kebakaran.

“Prosedur kita di JBPM, langkah pertama bagi mengeluark­an FC adalah meminta pelan, ia penting bagi menyemak keperluan kebombaan di premis berkenaan.

“Ini mungkin mengambil sedikit masa. Saya sahkan sehingga kini kita masih belum mendapat pelan dari pihak HKL. Bangunan itu saya kira masih selamat jika pihak hospital mengamalka­n langkah keselamata­n kebakaran yang betul,” katanya.

Menyentuh aspek penyelengg­araan, Soiman berkata, pemberian FC kepada mana-mana premis ditetapkan termasukla­h hospital hanya dilakukan apabila semua sistem keselamata­n kebakaran dipatuhi termasukla­h proses selenggara.

 ?? Soiman ?? BPM tidak klasifikas­ikan ketiga-tiganya
sebagai bangunan tidak
selamat
Soiman BPM tidak klasifikas­ikan ketiga-tiganya sebagai bangunan tidak selamat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia