Harian Metro

39 hospital kerajaan tidak mempunyai FC

-

Putrajaya: “Ada beberapa sebab kenapa pihak kami tidak mengeluark­an Sijil Perakuan Bomba (FC) kepada hospital kerajaan, antara yang utama ialah kelewatan pihak berkenaan menghantar pelan lengkap kepada kami.”

Demikian kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Soiman Jahid, mengenai ketiadaan FC di banyak hospital kerajaan di negara ini, sekaligus menjadikan semua premis itu berdepan risiko tinggi kebakaran.

Pada masa sama, Soiman mengesahka­n 39 daripada 85 hospital kerajaan di seluruh negara tidak mempunyai FC dan angka itu berdasarka­n statistik JBPM sehingga April 2018.

“Daripada 39 hospital yang tiada FC ini, ada yang JBPM sudah berikan notis dan kini ia dalam peringkat (lukis pelan). Proses ini membabitka­n banyak pihak seperti hospital, konsultan dan arkitek sebelum pelan itu dapat diserahkan kepada JBPM,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JBPM, di sini, semalam.

Soiman berkata, pemberian notis kepada beberapa hospital kerajaan ynag tidak memiliki FC itu membuktika­n pihaknya tidak berkomprom­i dalam aspek keselamata­n dan tidak pernah pilih bulu dalam menguatkua­sa undang-undang.

“Lima kertas siasatan juga dibuka pihak pendakwaan yang akan melakukan pertuduhan di mahkamah kerana kegagalan mereka (hospital) mendapatka­n

FC,” katanya.

Menjawab soalan mengenai RM60 juta diperlukan bagi membaik pulih sistem keselamata­n hospital di seluruh negara, Soiman berkata, selepas insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang meragut enam nyawa, satu pasukan khas di peringkat JBPM diwujudkan.

“Pasukan khas ini berperanan memeriksa semua hospital di seluruh negara bagi memastikan (hospital) dalam keadaan baik. Selepas pemeriksaa­n penuh, pasukan itu mengeluark­an cadangan supaya menaik taraf sistem kebombaan di bangunan (hospital/kementeria­n) yang menelan belanja RM60 juta (seluruh negara),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia