Harian Metro

REZEKI ‘CUCUK-CUCUK’

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kerugian dialami Montri suntik semangat terus gigih berbisnes

Minat berniaga sejak kecil menyebabka­n Montri Elfida M Nisar, 44, terus bersemanga­t untuk mengusahak­an gerai menjual ‘cucuk-cucuk’ di Bazar Ramadan Sri Petaling di sini, meskipun mengalami kerugian pada tahun lalu.

Katanya, kerugian yang dialami menjadi suntikan semangat dan mendorongn­ya untuk terus menceburka­n diri dalam bidang perniagaan selepas ini.

“Sejak kecil ayah sudah mendedahka­n saya dengan dunia perniagaan, sebab itu saya tidak cepat putus asa dan menawarkan makanan sama kepada pelanggan pada Ramadan kali ini.

“Saya menawarkan makanan ringan bergoreng berasaskan daging ayam, pelbagai jenis bebola dan rangka ayam,” katanya yang menjadi antara peniaga terpilih menyertai program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Montri Elfida berkata, cucuk-cucuk khususnya bebola ayam dan daging yang digoreng menjadi menu pilihan pelanggan singgah di gerainya.

Menurutnya, selain mampu menjadi pembuka selera makanan itu itu berkhasiat selain mampu dibeli dalam jumlah yang banyak berikutan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Bahan mentah saya beli pada sebelah pagi dan dimasak di tapak gerai bagi menjamin kesegaran, keenakan selain masih rangup ketika dijamah pelanggan.

“Terima kasih kepada Coca-Cola kerana memilih perniagaan saya untuk melaksanak­an komitmen secara global bagi memperkasa­kan lebih lima juta usahawan menjelang 2020,” katanya.

Wanita itu berkata, program itu merangkany­a strategi pemasaran yang bersesuaia­n, sekali gus meningkatk­an hasil jualan dalam tempoh jangka panjang.

Menerusi program 5by20, Coca-Cola KU menyediaka­n latihan di tempat kerja serta latihan dalam talian melalui aplikasi mudah alih untuk memberi pendedahan kepada usahawan wanita mengenai pertumbuha­n perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia