Harian Metro

Terima tajaan siaran Piala Dunia RM15 juta

-

Putrajaya: Kos penyiaran secara langsung 41 daripada keseluruha­n 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Russia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya membabitka­n peruntukan RM30 juta dan bukan RM40 juta seperti dinyatakan sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, daripada jumlah itu pihaknya mendapat tajaan RM15 juta untuk menampung separuh kos berkenaan.

“Kami mendapat surat daripada Sport & Media Distributo­r yang menawarkan kos penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia secara langsung berjumlah RM30 juta.

“Setakat ini ada tajaan RM15 juta dan kami berusaha dapatkan tajaan lain bagi menampung jumlah itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Gobind berkata, RTM juga bersedia menayangka­n siaran langsung berkenaan yang juga boleh menjadi platform untuk mereka menjadi siaran televisyen yang ditonton dan menjadi pilihan rakyat.

Selain itu, katanya, butiran mengenai pulangan pelaburan (ROI) susulan daripada penyiaran Piala Dunia itu akan diumumkan kemudian.

“Kami juga umumkan kemudian siapa penaja untuk siaran langsung ini, kami akan telus dan kongsi maklumat ini dengan media nanti,” katanya. Georgetown: Kerajaan negeri semalam mengumumka­n bakal memotong 10 peratus daripada gaji Ketua Menteri dan EXCO bermula Jun, untuk disumbangk­an kepada Tabung Harapan Negara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, semua hasil pemotongan gaji berjumlah RM13,526.80 sebulan itu membabitka­n 10 EXCO dan dirinya sendiri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selari pengumuman 10 peratus pemotongan gaji Menteri Kabinet, selain turut dipersetuj­ui bersama dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Pemotongan 10 peratus ini diteruskan sehingga pengumuman lain untuk menghentik­annya.

“Diharapkan keputusan ini membantu meringanka­n beban hutang Kerajaan Persekutua­n yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu,” katanya.

 ??  ?? GOBIND
GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia