Harian Metro

Kutip dana bantu Malaysia RM13,476

-

Kuala Lumpur: Terkesan dengan jumlah hutang negara yang mencapai angka RM1 trilion, seorang rakyat Malaysia sudah mengambil inisiatif menganjurk­an kutipan dana bagi membantu kerajaan sebelum wujudnya Tabung Harapan Malaysia (THM) secara amnya.

Inisiatif kutipan dana awam itu diwujudkan sebagai usaha mendapatka­n bantuan kewangan daripada orang ramai untuk sama-sama membantu menyelesai­kan hutang tersebut.

Usaha yang diperintis pegawai undang–undang sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nik Shazarina Bakti Ahmad Shazilly Ismail Bakti, 27, walaupun secara tidak rasmi, berjaya menarik perhatian netizen yang turut prihatin dengan masalah negara ketika ini.

“Saya berjaya kumpul lebih RM13,476.57 menggunaka­n laman web gogetfundi­ng.com dalam masa enam jam dan selepas itu, ia disekat dan hanya dibuka semula pada Isnin lalu atas faktor keselamata­n.

“Saya sudah menyerahka­n wang itu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk dimasukkan ke dalam THM. Saya gembira kerana matlamat asal untuk membantu negara sudah tercapai dan kini rakyat Malaysia boleh menyumbang melalui tabung berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lebih menarik, wanita berkelulus­an Sarjana Undang-Undang daripada University of London ini meletakkan potongan ayat yang mengimbau kembali kenangan manis tatkala rakyat Malaysia satu ketika dahulu bergolok bergadai bagi mengumpul dana membolehka­n Tunku Abdul Rahman ke London bagi memperoleh kemerdekaa­n negara.

“Rakyat Malaysia membuktika­n jika negara mengalami masalah, mereka pasti akan membantu melalui usaha ini. Syabas kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Kira-kira 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarka­n daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingk­at sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, lebih satu juta peminjam disenarai hitam sejak tahun 2000 namun 655,000 orang yang membuat bayaran dikeluarka­n daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini.

“Saya jangka semua urusan berkaitan dapat diselesaik­an sebelum pertengaha­n Jun. Maka dengan itu saya percaya janji pertama berkaitan kementeria­n saya dapat dikotakan,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke Universiti Awam (UA) kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di sini, semalam.

Pakatan Harapan pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU14) berjanji memansuhka­n dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhk­an pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Mengenai janji penangguha­n bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan, Dr Maszlee

 ??  ?? DR Maszlee (tengah) bersama penerima surat tawaran rasmi kemasukan ke universiti awam, semalam.
DR Maszlee (tengah) bersama penerima surat tawaran rasmi kemasukan ke universiti awam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia