Harian Metro

182,409 lulusan SPM terima tawaran

-

Putrajaya: Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program praunivers­iti, sijil dan diploma di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran asas di seluruh negara bagi sesi akademik 2018-2019 pengambila­n Jun.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata jumlah itu termasuk 17,338 daripada keluarga berpendapa­tan rendah B40, 299 individu kelainan upaya (OKU), 348 Orang Asli dan 1,225 atlet sukan.

“Jumlah ini merupakan peningkata­n 22 peratus daripada tahun lepas, yang mana kerajaan hanya menawarkan sekitar 149,000 tempat sahaja,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke universiti awam (UA) kepada lepasan SPM 2017, di sini semalam.

Maszlee berkata beliau mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di UA walaupun kerajaan telah cuba memastikan semua pelajar yang layak dapat melanjutka­n pelajaran.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa kerajaan berpegang dengan sikap kami akan cuba membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekono­mi mereka,” katanya.

Maszlee berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati, mereka disarankan untuk merayu kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan beliau memberi jaminan semua rayuan akan diberi perhatian adil dan saksama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia