Harian Metro

‘Ia adalah langkah bijak’

-

Shah Alam: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah kerajaan Persekutua­n menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) sebagai tindakan bijak.

Tabung berkenaan bagi membolehka­n rakyat memberi sumbangan bagi menangani masalah hutang negara.

Anwar turut menyatakan sokonganny­a terhadap keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membatalka­n projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura.

“PH menubuhkan kerajaan dengan sokongan dan aspirasi rakyat. Kami menemui masalah utama dalam bentuk hutang yang besar dan wang yang diseleweng­kan.

“Justeru, ia adalah langkah bijak yang diambil Kabinet dan Perdana Menteri untuk sekurang-kurangnya memohon kepada rakyat bagi menyokong usaha ini (mengurangk­an hutang negara),” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, semalam.

Pada masa sama, Anwar berharap, dengan pembatalan HSR, ia tidak akan menjejaska­n hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“Kerajaan membuat keputusan (membatalka­n projek itu). Saya sudah tentu menyokong keputusan itu. Tetapi saya fikir hubungan dua hala yang baik dan mesra (antara kedua-dua negara) perlu dikekalkan,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir dilaporkan berkata keputusan Malaysia itu berikutan kos projek berkenaan yang tinggi.

Sebelum itu, pemimpin nombor satu negara itu menyatakan projek HSR yang dianggarka­nnya bernilai RM110 bilion tidak diperlukan dan tidak menguntung­kan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia