Harian Metro

‘Ramai calon berpotensi’

- Tharanya Arumugam tharanya@nst.com.my

“Kami hampir selesai (membuat pilihan calon). Kami akan membuat perbincang­an lanjut dan memuktamad­kan pilihan kami. Ada ramai calon berpotensi dan berkelayak­an,” ujar Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau ditemui selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Sehingga semalam, PH masih belum memuktamad­kan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor walaupun tarikh Istiadat Angkat sumpah sudah ditetapkan pada 19 Jun depan.

Anwar bagaimanap­un berkata, parti itu mempunyai ramai calon berkelayak­an untuk mengisi jawatan berkenaan.

Ditanya jika calon Menteri Besar Selangor yang baru akan dipilih dalam kalangan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar berkata jawatan itu terbuka kepada semua parti komponen PH tetapi parti yang memegang kerusi terbanyak berhak menentukan calon.

Beliau bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama calon berpotensi itu.

Sebelum ini, media melaporkan tiga nama dari PKR disebut-sebut sebagai bakal mengisi kerusi berkenaan.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari, ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddi­n Badaruddin dan ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman.

 PH belum muktamadka­n calon Menteri Besar Selangor yang baharu

 ??  ?? ANWAR ditemu bual media selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.
ANWAR ditemu bual media selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia