Harian Metro

Alunan 3,000 hotspot

- Mohd Aizat Shamsuddin mohdaizat@bh.com.my

 49 negara sudah nyata persetujua­n sertai bacaan World#QuranHour

Sebanyak 3,000 seluruh dunia dijangka bersama-sama mengalunka­n bacaan al-Quran secara serentak pada program

yang akan berlangsun­g 7 Jun ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Datuk Hussamuddi­n Yaakub berkata, setakat ini 49 negara iaitu Australia, Indonesia, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Korea Selatan sudah menyatakan persetujua­n.

“Program ini kita anjurkan supaya dapat menggerakk­an gelombang umat Islam berinterak­si dengan al-Quran.

“Menerusiny­a, kita mahu menyedarka­n umat Islam agar dapat memahami agama menerusi bacaan dan amalan al-Quran.

“Bacaan al-Quran ini seterusnya diharap dapat dijadikan budaya setiap orang meluangkan masa satu jam setiap hari membaca al-Quran,” katanya pada sidang media sempena

di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Turut hadir Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff. Tahun ini lokasi utama

berlangsun­g di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah dijangka turut berangkat.

Turut mengesahka­n kehadiran adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Muar yang juga alumni UIAM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hussamuddi­n

berkata, tahun ini mengangkat tema daripada ayat ke-10 surah al-Hujarat.

Katanya, ayat terbabit antaranya menganjurk­an mengenai perdamaian yang disifatkan bertepatan dengan situasi dalam negara sekarang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya mengharapk­an kehadiran orang ramai termasuk pemimpin negara untuk sama-sama dalam program ini tanpa mengira latar belakang parti politik. “Menerusiny­a kita dapat memahami semangat surah ini dan seterusnya kembali mewujudkan penyatuan,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaleha berkata, UIAM menjadikan program

ini sebagai acara sempena ulang tahun ke-35 universiti terbabit.

“Selain program yang berlangsun­g di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, bahagian alumni UIAM turut digerakkan agar bekas pelajar antarabang­sa kita dapat menggerakk­an program

di negara masing-masing untuk menghidupk­an roh al-Quran dalam bulan Ramadan ini,” katanya.

 ??  ?? DR Zaleha (lima dari kiri) memegang poster World #QuranHour pada sidang media, semalam.
DR Zaleha (lima dari kiri) memegang poster World #QuranHour pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia