Harian Metro

Nama 3 budak kampung gah

- Mohammad Ishak cnews@nstp.com.my

 Pelajar SMK Kuala Besut dinobat juara pertanding­an ‘nuklear’ di Korea Selatan

Kejayaan gemilang dicipta tiga pelajar ‘kampung’ apabila dinobatkan juara Program Pembanguna­n Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa (IAEA) di Gyeongju, Korea Selatan, Selasa lalu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut di sini, yang mengharumk­an nama negara adalah Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani,17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16.

Mereka membuktika­n kemampuan di peringkat antarabang­sa biarpun belajar di sekolah harian di perkampung­an nelayan.

Pada pertanding­an itu, Malaysia menewaskan empat negara lain di peringkat akhir iaitu Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan.

Pasukan Malaysia dinamakan

ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu terdahulu berjaya melalui tiga peringkat awal mengatasi 188 pasukan daripada 30 negara anggota IAEA.

Pengetua SMK Kuala Besut, Che Soh Che Mat, berkata mereka menampilka­n projek bertajuk

“Pasukan itu membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST yang dapat dimuat turun seluruh dunia untuk penyebaran maklumat dan kesedaran mengenai keperluan tenaga nuklear kepada masyarakat.

“Usaha itu menggunaka­n konsep

di mana masyarakat dapat memahami tenaga nuklear dan keperluann­ya dalam kehidupan,” katanya.

Pasukan

ditubuhkan bawah projek Unit Inovasi SMK Kuala Besut dan diterajui Ketua Bidang Sains Matematik, Faizul Abd Rahman dengan dibantu Wan Zul Azri Wan Mod Shatar selaku Guru Penyelaras Projek serta Rohaya Husin yang juga guru di sekolah itu.

Selain itu, pasukan terbabit mendapat kerjasama penuh Agensi Nuklear Malaysia dan dorongan Yang Dipertua PIBG SMK Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.

Che Soh berkata, melalui temu bual telefon dengan pasukan Malaysia di Gyeongju, mereka mampu menyaingi peserta negara lain hasil kerja keras dan kesungguha­n tenaga pengajar serta pelajar terbabit.

“Pelajar terbabit mengunjung­i jabatan kerajaan dan sekolah berprestas­i tinggi serta mendapat kerjasama daripada PIBG dan pembabitan komuniti setempat untuk mencungkil ilmu mengenai nuklear.

“Kejayaan ini dapat memberi motivasi kepada pelajar lain bahawa walaupun mereka dari sekolah harian biasa di luar bandar, mampu mencipta kejutan pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, pihak Kementeria­n Pendidikan akan menyambut kepulangan pelajar terbabit dari Korea Selatan yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 3.30 petang ini.

 ??  ?? GURU pengiring dan pelajar SMK Kuala Besut dinobat juara dalam pertanding­an dianjurkan IAEA di Gyeongju, Korea Selatan.
GURU pengiring dan pelajar SMK Kuala Besut dinobat juara dalam pertanding­an dianjurkan IAEA di Gyeongju, Korea Selatan.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia