Harian Metro

‘Terima kasih atas keprihatin­an’

-

 Pengurus pusat jagaan terharu sumbangan #HMKotakRez­eki

“Pemberian ini cukup bermakna bagi kami sepanjang Ramadan kerana kami memang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai,” kata Pengurus Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit, Zawalajam Mashod.

Zawalajam berkata, beliau turut terharu dan tidak menyangka pusat jagaan itu dipilih semula sebagai penerima #HMKotakRez­eki Ramadan tahun ini dan bersyukur dengan apa yang diterima.

Menurutnya, beliau terkejut kerana tidak pernah memohon serta menganggap­nya sebagai rezeki Allah pada bulan mulia ini.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas bantuan ini dan berterima kasih dengan keprihatin­an semua pihak serta kesudian memberi bantuan kepada pusat jagaan ini,” katanya di sini, semalam.

#HMKotakRez­eki yang mengandung­i kelengkapa­n dapur seperti beras, tepung gandum, gula, Milo, bihun dan kordial itu ditaja barisan penaja yang bekerjasam­a tahun ini.

Selain penyumbang utama AffinBank Group dan rakan kurier, Pos Laju, penerima #HMKotak Rezeki tahun ini menikmati sumbangan daripada Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn Bhd, Massimo by The Italian Baker, Kimball, Cebtral Sugar Refinery (CSR) dan QNet Internatio­nal.

Rumah Amal Raudhatul Jannah dibuka pada awal April 2015 bagi menempatka­n kanak-kanak fakir miskin dan yatim dari seluruh negara terutama Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan serta Johor.

Pada masa ini, seramai 13 kanak-kanak perempuan dan 22 lelaki tinggal di pusat itu berusia di antara enam dan 17 tahun dengan bantuan 11 kakitangan yang bertugas sepenuh masa.

Zawalajam berkata, pemberian #HMKotakRez­eki itu sebagai suatu rahmat di bulan mulia ini kerana keseluruha­n perbelanja­an mengurus rumah amal ini bergantung kepada pihak luar.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sumbangan tetap daripada kerajaan ataupun individu dan memerlukan RM42,500 setiap bulan bagi kerja pengurusan, membayar bil air, elektrik serta gaji kakitangan.

 ??  ?? ZAWALAJAM (kiri) bersama kakitangan menerima sumbangan #HMKotakRez­eki yang dihantar terus ke pusat jagaan itu di Olak Lempit.
ZAWALAJAM (kiri) bersama kakitangan menerima sumbangan #HMKotakRez­eki yang dihantar terus ke pusat jagaan itu di Olak Lempit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia