Harian Metro

‘Tak sangka terima kali kedua’

-

Kejutan yang berbaloi, demikian kata Pengurus Rumah Permata Kasih,

Aina Amran sebaik menerima 10 #HMKotakRez­eki di pusat jagaan anak yatim berkenaan di Taman Pauh Jaya di sini, semalam.

Katanya, bantuan yang diterima itu sedikit sebanyak dapat mengurangk­an beban lebih 25 pelajar sekolah rendah yang tinggal di situ.

Menurutnya, dia terkejut selepas mengetahui pusatnya itu dipilih sekali lagi menjadi penerima #HMKotakRez­eki bagi

2018.

“Kami amat berterima kasih dengan bantuan yang disumbangk­an pihak penaja melalui Harian Metro.

“Ini kali kedua kami menerima #HMKotakRez­eki dan tidak menyangka menerimany­a buat kali kedua,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pos Laju Butterwort­h, Che Puteh Man.

Aina berkata, pihaknya sentiasa mengalukan bantuan sebegini malah bantuan yang diterima tahun lalu juga begitu menggembir­akan anak yatim.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima bantuan daripada pihak perseorang­an dan syarikat swasta.

Semua 10 sumbangan #HMKotakRez­eki dengan berat lebih 20 kilogram (kg) setiap satu dan 10 beg beras diserahkan kepada penerima.

Setiap #HMKotakRez­eki berisi beras, tepung gandum, gula, minuman kordial, teh, susu pekat manis, biskut, marjerin, minyak masak, sardin, sos cili, kicap soya, pasta, air mineral dan bihun.

 ??  ?? CHE Puteh (kanan) bersama wartawan Harian Metro, Shamsul Munir Safini (kiri) menyerahka­n Kotak Rezeki kepada Aina sempena #HMKotakRez­eki.
CHE Puteh (kanan) bersama wartawan Harian Metro, Shamsul Munir Safini (kiri) menyerahka­n Kotak Rezeki kepada Aina sempena #HMKotakRez­eki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia