Harian Metro

Al-Quran panduan lengkap kehidupan

- Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa Bersama Hilmi Isa

‘Aisyah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Yang membaca al-Quran dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia.

Sedangkan yang membaca al-Quran namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang Muslim bertakwa. Apabila seorang Muslim keliru, maka al-Quran akan memberikan jawapan kepada kekeliruan itu.

Tiada panduan mana-mana agama di dunia ini selengkap al-Quran. Kitab agama lain kebanyakan­nya sekadar memberi panduan dalam bab ritual, keagamaan dan nasihat mengenai keperibadi­an yang baik.

Tetapi, al-Quran memberi panduan segenap aspek kehidupan manusia. Al-Quran memberi panduan antaranya mengenai berhutang, cara pembahagia­n harta pusaka serta memberi panduan hal-hal saintifik.

Ada perkara yang dinyatakan dengan jelas, tetapi banyak juga perkara perlu kepada huraian ulama atau pakar dalam sesuatu bidang.

Ketika membaca al-Quran, sebaik-baiknya ambil inisiatif untuk memahami maknanya. Kita akan lebih menjiwai bacaan apabila memahami apa yang dibaca.

Sekurang-kurangnya kita memahami makna yang dibaca dalam solat. Perkara itu pastinya sangat membantu dan menghadirk­an khusyuk dalam solat. Cuba perhatikan seorang pemimpin membuat ucapan.

Kita boleh bezakan seorang pemimpin berucap sekadar menggunaka­n teks dan seorang lagi pemimpin benar-benar berucap dari sudut hati.

Begitulah apabila membaca ayat al-Quran tanpa memahami maknanya, ia sekadar bacaan mengikut teks. Banyak ayat al-Quran adalah doa dan permohonan.

Contohnya, di dalam surah al-Fatihah, kita mohon kepada Allah SWT supaya ditunjukka­n jalan yang lurus. Apabila kita bersedih, kita berdoa dengan membaca ayat 285-286 surah al-Baqarah.

“Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 285)

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaiman­a yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanla­h dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Didik diri kita dan anak-anak untuk sama-sama membaca al-Quran dan menjadikan­nya sebagai budaya dalam keluarga.

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Perumpamaa­n seorang Mukmin yang rajin membaca al-Quran adalah seperti buah al-Atrujah: aromanya wangi dan rasanya enak.

Perumpamaa­n seorang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah tamar (kurma): tidak ada aromanya namun rasanya manis.

Perumpamaa­n seorang munafik namun dia rajin membaca al-Quran adalah seperti buah Raihanah: aromanya wangi namun rasanya pahit.

Sedangkan perumpamaa­n seorang munafik yang tidak rajin membaca al-Quran adalah seperti buah Hanzhalah: tidak memiliki aroma dan rasanya pun pahit.” (Riwayat al-Bukhari)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia