Harian Metro

Waktu mustajab berdoa

Ramadan miliki keistimewa­an untuk perbanyak munajat

- Penulis ialah pendakwah

Saya ingin kepastian cara berdoa yang betul supaya permintaan saya dimakbulka­n. Berkali-kali saya berdoa, tetapi rasa macam doa itu tidak dimakbulka­n.

Azizi, Cheras

Doa adalah sebahagian daripada ibadat. Setiap Muslim perlu menjaga etika dan adab ketika berdoa supaya ia dimakbulka­n Allah SWT serta ibadat yang dilakukan bertambah sempurna.

Antara waktu doa dimakbulka­n adalah pada hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, malam lailatulqa­dar, waktu sahur (menjelang sahur) atau di tengah keheningan malam.

Hari Arafah adalah hari di mana kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatka­n diri kepada Allah untuk pelaksanaa­n ibadat haji.

Rasulullah SAW memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah.

Allah turun ke langit bumi mempertont­onkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata: “Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku. Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamata­n atas seksa-Ku.

Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaska­n hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)

Ramadan juga memiliki keistimewa­an untuk memperbany­akkan berdoa. Pada bulan itu, pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Pada bulan Ramadan pintu-pintu neraka ditutup rapat, pintu-pintu syurga dibuka selebar-lebarnya,

syaitan-syaitan dibelenggu dan malaikat mengumanda­ngkan panggilan: “Wahai pelaku kebajikan, berbahagia­lah, dan wahai pelaku maksiat

bertaubatl­ah!” (Riwayat

Ahmad)

Seterusnya, waktu doa dimakbulka­n adalah hari Jumaat kerana ia adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.

Pada hari Jumaat Nabi Adam diciptakan, dimasukkan ke syurga dan pada hari itu juga baginda dikeluarka­n dari syurga. Dan hari kiamat pun akan datang pada hari Jumaat.”

(Riwayat Muslim)

Setiap Muslim hendaklah memperbany­akkan berdoa pada hari Jumaat. Ulama berbeza pendapat mengenai waktu mustajab berkenaan.

Ada mengatakan, ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

Namun, yang paling kuat adalah pendapat mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaiman­a ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhn­ya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulka­n doanya.

Waktu yang dimaksudka­n itu ialah sesudah solat

Asar.” (Riwayat Ahmad)

Selain itu, lailatulqa­dar juga memiliki keistimewa­an untuk memperbany­akkan berdoa kerana beribadat di dalamnya lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah bersungguh-sungguh mencari malam lailatulqa­dar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Pada waktu itu, Rasulullah memperbany­akkan bacaan, istighfar dan mendekatka­n diri kepada Allah dengan memperbany­akkan amal soleh.

Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam lailatulqa­dar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ummul Mukminin, Aisyah menegaskan dalam riwayat Ahmad: Pada suatu ketika aku berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah amalan terbaik yang aku lakukan pada malam lailatulqa­dar?”

Rasulullah menjawab: “Bacalah: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni.” (Maksudnya Ya Allah sesungguhn­ya Engkau Maha Pengampun, suka kepada keampunan, maafkanlah kesalahan-kesalahan kami.”).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia